Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[laut] | لاءوت

Definisi : 1 kumpulan air masin yg menggenangi sebahagian besar muka bumi: ~ Sulu; ~ Merah. 2 kumpulan sesuatu benda yg banyak: ~ madu. 3 bahagian sungai (tasik) yg jauh ke tengah. melaut 1 luas spt laut: sawah padi yg ~ luasnya. 2 belayar di laut. 3 pergi jauh ke tengah (sungai, tasik dsb): Tak sungguh seluang ~, akhirnya balik ke tepi juga. memperlaut melayarkan kapal (perahu); mengirim barang dgn kapal laut. lautan 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. kelautan hal atau perkara yg berkaitan dgn laut: iklim ~. pelaut orang yg selalu belayar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Adik mandi ke laut jangan,
     Kuala di laut sangat deras;
Adik menyanyi ingat jangan,
     Kalau diingat sangatnya belas.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Laut mana yang tak berombak,
     bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Bermaksud :

Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

 

Lihat selanjutnya...(56)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lesak[l«.sA/]kata adjektifberkenaan keadaan hujan yang berterusan.Ayoh tak ke laut, sebak ari lesak.[A.joh tA/ k« lAot s«.bA/ A.Äi l«.sA/]Ayah tidak ke laut kerana hujan berterusan.
rinyau[Äi.øAw]kata namasejenis ikan laut yang saiznya lebih besar daripada ikan bilis.   
landau[lAn.dAw]kata namasejenis hidupan laut seakan-akan gamat tetapi lebih besar.   
koyong lalak[ko.joN lA­­.lA/] sejenis siput laut yang besar.   
bulu matak[bu.lu mA.tA/] sejenis hidupan laut yang berbulu tajam.   
beperai[b«.p«.ÄAj]kata namateknik menangkap ikan dengan cara melepaskan tali tangsi yang mempunyai banyak mata kail ke laut. Tali ini kemudiannya ditarik perlahan-lahan ketika bersampan.Sari suntok koi beperai dapat seko je.[sA.Äi sun.to/ kj b«.p«.ÄAj dA.pAt sE.ko dZ«]Sehari suntuk saya beperai, dapat seekor ikan sahaja.
ngambo[NAm.bo]kata kerjamenangkap ikan dengan cara memusing-musing tali tangsi yang berladung dan berumpan dengan tangan di atas kepala dan membalingnya ke laut.Budok suke ngat ngambo pase dapat banyok ikan.[bu.d/ su.k« NAt NAm.bo pA.sE dA.pAt bA.ø/ i.kAn]Budak gemar ngambo sebab dapat banyak ikan.
layo[lA.j]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang terhoyong-hayang.Tok ki layo naek ke tebeng pase mabok laot.[to/ ki lA.j nA.e/ k« t«.beN pA.sE mA.bo/ lA.wot]Datuk berjalan terhoyong-hayang sebab mabuk laut.

Kembali ke atas