Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bat] | لبت

Definisi : 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll): rambutnya ikal, ~ dan hitam; kian lama kian jauh perjalanan kita, kian lama kian ~ rimba yg dituju; pokok ini ~ buahnya; 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll): hujan yg turun dgn ~nya pd pagi itu masih belum sidang-sidang lagi; 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb): dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yg ~ corak emasnya dlm masa dua belas hari sahaja; melebat menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dll): hujan mula ~ kembali; melebatkan menjadikan atau menyebabkan lebat: minyak yg dikatakan dapat ~ rambut; sj baja yg digunakan utk ~ buah mangga setiap kali musim berbuah; kelebatan perihal lebat (hujan); pelebat (bahan) yg melebatkan: lemak udang pula boleh dijadikan bahan ~ rambut atau bulu roma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bat] | لبت

Definisi : 1 banyak dan rapat tumbuhnya (bkn rambut, bulu, buah, bunga dll): Buah jambu itu sangat ~. Bulu keningnya ~ dan hitam. 2 banyak lagi tebal (bkn hujan, embun): ~ betul hujan petang tadi. melebat menjadi lebat (bkn buah-buahan, hujan dsb): Hujan ~ semula. melebatkan menjadikan lebat: Utk ~ buahnya, kita terpaksa membantu dlm proses pendebungaannya. kelebatan keadaan atau hal lebat: ~ rambut. pelebatan perbuatan, hal dsb melebat atau melebatkan. pelebat bahan yg melebatkan: ~ rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebat
Rujuk :tebal

Puisi
 

8Betapa lebat bunga remia,
     Lebat lagi bunga pegaga;
Betapa hebat pakaian dunia,
     Hebat lagi pakaian syurga.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Mengenalkan diri bagai pisang lebat.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana perbuatannya atau tabiatnya sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menduyut[m«n.du.jut]kata adjektifberkenaan buah yang lebat di atas pokok.Bala, menduyut moktan orang tu![bA.lA m«n.du.jut m/.tAn .ÄAN tu]Wah, lebat sungguh buah rambutan orang itu!
tok pocit[t/ p.tSit] tak perlu.Ari ni ujan lebat, tok pocit gi sekoloh.[A.Äi ni u.dZAn l«.bAt t/ p.tSit gi s«.k.lh]Hari ini hujan lebat, tidak perlu pergi sekolah.
begudoh[b«.gu.doh]kata adjektif1. berkenaan buah-buahan yang terlalu lebat di atas pokok.Mutan tu begudoh, melendut dahan.[mu.tAn tu b«.gu.doh m«.l«n.dut dA.hAn]Rambutan itu sangat lebat, melentur dahannya.
bedeco-deco II[b«.d«.tS.d«.tS]kata adjektifberkenaan hujan yang lebat.Bedeco-deco due tige ari ni, nok boh doh tu.[b«.d«.tS.d«.tS du.w« ti.g« A.Äi ni n/ bh dh tu]Hujan lebat dua tiga hari ini, sudah hendak banjirlah.

Kembali ke atas