[lu.kah] | لوکه
Definisi : sj alat utk menangkap ikan (yg membolehkan ikan masuk tetapi tidak boleh keluar), bubu: dilihatnya orang mengambil ikan drpd ~nya; ~nya mengena ki tipu muslihatnya berhasil; menahan ~ memasang lukah; bagai ~, tak penuh oleh air prb perihal budak yg tidak berasa kenyang (selalu hendak makan sahaja); bagai menyandang ~ tiga prb menjalankan (melakukan) pekerjaan yg sukar sungguhpun tidak berat; memasang (menahan) ~ di penggentingan prb mencari keuntungan dr kesempitan (kesukaran) orang; melukah menangkap ikan dgn lukah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lu.kah] | لوکه
Definisi : ; melukah menampakkan kemaluan (apabila tidak kemas memakai kain atau seluar, apabila duduk dgn tidak tertib). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lu.kah] | لوکه
Definisi : alat utk menangkap ikan yg dibuat drpd bilah-bilah rotan dsb dan dipasangi injap pd mulutnya; bubu: menahan ~ meletakkan lukah di dlm air utk menangkap ikan; memasang lukah. melukah menangkap ikan dgn lukah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[lu.kah] | لوکه
Definisi : ; melukah menampakkan kemaluan dgn tidak sengaja (kerana tidak kemas memakai pakaian, duduk tidak tertib dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)