Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah berair yg lembut, selut; ~ katam lumpur yg terdapat di pantai; beroleh ~ di tempat yg kering prb beroleh kesusahan dgn tidak disangka-sangka; takut akan ~, lari ke duri prb mengelakkan ke­susahan yg kecil dapat kesusahan yg besar; berlumpur 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; melumpuri menyebabkan berlumpur pd: kanak-kanak itu bermain sambil ~ dinding rumah itu; perlumpuran tempat yg penuh dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah lembut dan berair; selut. berlumpur penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpur (kata nama)
Bersinonim dengan selut, kukup, lanyau, lanau, lahar, lolok, luluk, lunau.,

Puisi
 

Paya Balais di tanah lumpur,
     Tempat orang bertanam padi;
Rasa di hati luluh hancur,
     Belum berjumpa belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Seekor kerbau membawa lumpur,
     habis mercik merata-rata.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
belocek[b«.l.tSE)/]kata kerjabermain lumpur.Oi, jangan belocek budok wey, kang bekudih.[oj dZA.NAn b«.l.tSE)/ bu.d/ wej kAN b«.ku.dih]Oi, jangan bermain lumpur, nanti berkudis!.
nyelonok[N«.l.n/]kata kerjamelakukan sesuatu di dalam lumpur (seperti lari, jalan, mengagau).Pak Mat nyelonok dalam lumpo cari ikan keli.[pAk mAt N«.l.n/ dA.lAm lum.po tSA.Äi i.kAn k«.li]Pak Mat mengagau dalam lumpur kerana mencari ikan keli.
   2. lumpur yang melekat pada sesuatu selepas banjir surut.Penat koi cuci lolok di dindeng rumah.[p«.nAt kj tSu.tSi l.l/ di din.deN Äu.mAh]Penat saya membersihkan lolok pada dinding rumah.
jehek[dZE.hE/]kata adjektifberkenaan lumpur, najis, tanah yang lembik dan bertaburan pada sesuatu tempat.Laman rumah jehek pase lembu berak.[lA.mAn Äu.mAh dZE.hE/ pA.sE l«m.bu b«.ÄA/]Halaman rumah kotor kerana tahi lembu bertaburan di sana sini.
selepet[s«.lE.pEt]kata adjektifberkenaan kekotoran cair seperti tahi atau lumpur yang melekit; sempelet.Punggung adek selepet dengan taik, pase adek saket perot.[puN.guN A.de s«.lE.pEt d«.NAn tA.i pA.sE A.de sA.ket p«.Äot]Punggung adik melekit dengan najis kerana adik sakit perut.
sempelet[s«m.pE.lEt]kata adjektifberkenaan kekotoran cair seperti tahi atau lumpur yang melekit; selepet.Muka adek sempelet dengan ingoh.[mu.ke A.de s«m.pE.lEt d«.NAn i.Nh]Muka adik melekit dengan hingus.
   2. berkenaan manusia, kenderaan, haiwan dan lain-lain yang tersangat kotor seperti bergelumang dengan lumpur.Kaki awok beseledot, jangan naek rumoh.[kA.ki A.w/ b«.s«.lE.d.et dZA.NAn nA.e/ Äu.mh]Kaki awak tersangat kotor, jangan naik ke atas rumah.
sampo[sAm.p]kata adjektifberkenaan keadaan kekotoran yang melekat pada seseorang atau sesuatu.Basoh tangga tu sampo kena lumpo.[bA.soh tAN.gA tu sAm.p k«.nA lum.po]Basoh tangga yang kotor terkena lumpur.
belonok[b«.l.n/]kata adjektifberkenaan keseluruhan badan seseorang atau haiwan yang berlumuran dengan kotoran.Awok jangan naek, pase kaki tu belonok dengan lumpo.[A.w/ dZA.NAn nA.e/ pA.se kA.ki tu b«.l.n/ d«.NAn lum.po]Awak jangan naik, sebab kaki tu berlumuran dengan lumpur.

Kembali ke atas