Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sendi di antara paha dan betis; pelipatan ~ lekuk di belakang lutut; tem­purung ~ tulang bulat di lutut sebelah hadapan; berkata-kata dgn ~ prb berkata-kata dgn orang yg bodoh; bersaksi ke ~ prb a) men­jadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b) minta petunjuk kpd orang yg bodoh; berlutut, melutut ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki menyerah, tunduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lutut I

Puisi
 

Buah pinang dipegang-pegang,
     Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
     Air mata jatuh ke lutut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Membuangkan nasinya yang tersaji di lutut.

Bermaksud :

Meninggalkan pekerjaan yang senang lalu mencari pekerjaan yang susah. nasi di lutut = untung baik, nasib orang yang berbahagia.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rempah[ÄEm.ph]kata kerja1. menyepak atau memukul bahagian lutut ke bawah dengan sesuatu (seperti kaki, kayu).Jangan rempah dekat gol, kang kene dende.[dZA.NAn ÄEm.pAh d«.kAt gol kAN k«.n« d«n.d«]Jangan menyepak lutut lawan dekat gol, nanti kena denda.
kateh[kA.t«h]kata namabahagian antara lutut dengan kaki, betis.Besenye orang kateh panjang kuat lari.[bE.s«.ø« o.ÄAN kA.t«h pAn.dZAN ku.wAt lA.Äi]Biasanya orang betis panjang kuat lari.
sengkeroi[s«N.k«.čj]kata kerjamemeluk tubuh atau lutut kerana kesejukan .Mandi cepat, buat ape sengkeroi gitu.[mAn.di tS«.pAt bu.wAt A.p« s«N.k«.čj gi.tu]Mandi cepat, buat apa memeluk tubuh seperti itu.
   2. menjatuhkan orang dan lain-lain dengan menggalangi kakinya.Pemaen bola selioh kaki kene rempah.[p«.mA.en b.lA s«.li.joh kA.ki k«.n« Ä«m.pAh]Pemain bola terseliuh kakinya kerana terkena sepak di bahagian lutut.

Kembali ke atas