Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.na.ma.na] | مان٢

Definisi : 1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~ dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapa­siapa, barang siapa: ~ yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.na.ma.na] | مان٢

Definisi : 1 barang apa pun: Ambillah ~ yg kausukai. 2 sesiapa pun; barang siapa: ~ yg letih, bolehlah berehat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mana-mana

Puisi
 

Anak Cina sanggul terpacak,
     Mati dibunuh Seri Rama;
Adik laksana buah masak,
     Bau semerbak ke mana-mana.


Lihat selanjutnya...(261)
Peribahasa

Mati badan dikandung tanah,
     nama beredar ke mana-mana.

Bermaksud :

Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

 

Lihat selanjutnya...(74)

1

An apple doesn't roll far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that an apple doesn't roll far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
panteh[pAn.teh]kata namamancis api.Mana panteh koi nak baka rumput.[mA.nA pAn.teh kj n/ bA.kA Äum.pu/]Di mana mancis api saya, hendak bakar rumput.
toye[t.j«]kata adjektif1. berkenaan wajah yang tidak menampakkan ketokohan.Muke toye aje macam mana nok jadi ketua.[mu.k« t.j« A.dZ« mA.tSAm mA.nA n dZA.di k«.tu.w«]Muka toye sahaja macam mana hendak jadi ketua.
retok[ÄE.t/]kata tugaskelmarin, dua hari sebelum hari ini.Awok gi mane retok?[A.w/ gi mA.n« ÄE.t/]Awak pergi ke mana kelmarin?
bolot[bo.lot]kata adjektif1.   berkenaan tali, benang yang berbelit atau bersimpul; berundeng.Gone nok ikat, bolot je tangsi.[g.n« no/ i.kAt bo.lot dZ« tAN.si]Bagaimana mana hendak mengikat, tali tangsi tersimpul.
seluran[s«.lu.ÄAn]kata adjektifberkenaan seseorang yang sentiasa makan.Mane tok gemoknye, seluran tok kire mase.[mA.n« t/ g«.m/.ø« s«.lu.ÄAn t/ ki.Ä« mA.s«]Macam mana tidak gemuk, sentiasa makan tanpa mengira masa.
kemantu[k«.mAn.tukata adjektifberkenaan keadaan seseorang yang tersangat kenyang.Mane tok kemantu tibai tige pinggan nasik.[mA.n« t/ k«.mAn.tu ti.bAj ti.g« piN.gAn nA.si/]Mana tidak rasa kenyang, makan nasi tiga pinggan.
mamon[mA.mon]kata adjektifbosan.Cuti-cuti ni mamon koi tok ke mane.[tSu.ti.tSu.ti ni mA.mon koj to/ k« mA.n«]Waktu cuti begini, bosan saya tidak pergi ke mana.
sebobot[s«.b.bt]kata adjektifberkenaan pakaian yang tidak kemas.Gone nok paih intebeu, sebobot je baju.[go.n« no/ pAC in.t«.bi.ju s«.b.bt dZ« bA.dZu]Macam mana hendak lulus temu duga, baju tidak kemas.
kekau[k«.kAw]kata kerjaberusaha mendapatkan sesuatu dalam keadaan susah (seperti duit, makanan).Mane ayoh nok kekau cari duet beli moto.[mA.n« A.jh n/ k«.kAw tSA.Äi du.wet b«.li mo.to]Mana ayah hendak mendapatkan wang untuk beli motorsikal.
menjalo[m«n.dZA.l]kata kerjaduduk di rumah tanpa melakukan sebarang pekerjaan.Cuti sekoloh ni koi tok ke mano menjalo je.[tSu.ti s«.k.loh ni koj to/ k« mA.no m«n.dZA.l dZ«]Musim cuti sekolah ini saya tidak ke mana, duduk di rumah sahaja.

Kembali ke atas