Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah, Garcinia man-gostana; ~ hutan sj tumbuhan, beruas; ingin di buah ~ hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan sesuatu yg sangat susah hendak mendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan isinya putih lagi manis rasanya), Garcinia mangostana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manggis

Puisi
 

Buah manggis dimakan budak,
     Sayang mempelam buah di hulu;
Jumpa manis makan tak jelak,
     Jumpa yang masam terasa ngilu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Masak durian,
     masak manggis.

Bermaksud :

Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
getang[g«.tAN]kata kerjamengeluarkan isi buah dengan cara memotong sekeliling pada bahagian tengah kulit buah (seperti limau bali, manggis, rambutan).Ce getang limau bali tu.[tS« g«.tAN li.mAw bA.li tu]Tolong keluarkan isi limau bali itu.
bendang[b«n.dAN]kata adjektifberkenaan keadaan api yang sangat marak ketika kebakaran sampah, rumah dan lain-lain.Bendang ngat api tu, kang terbako pokok manggeh pulok.[b«n.dAN NAt A.pi tu AN t«.bA.k po.ko/ mAN.geh pu.l/]Marak sangat api itu, nanti terbakar pokok manggis pula.

Kembali ke atas