Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ta] | مات

Definisi : 1 alat pancaindera pd muka manusia atau binatang yg digunakan utk melihat: ~nya bulat dan hitam. 2 bahagian yg tajam pd sesuatu alat pemotong dsb: ~ pisau ini sumbing. 3 apa-apa yg menyerupai mata 1 atau 2 (bentuknya atau rupanya): ~ bisul; jarum. 4 markah yg diperoleh dlm sesuatu ujian atau pertandingan: Pasukan Selangor dan Pulau Pinang telah mendapat ~ yg sama banyak. ~ air a. tempat air memancut dr tanah; sumber. b. orang yg dikasihi; kekasih. ~ alamat sasaran yg dituju; bulan-bulan; matlamat. ~ angin arah angin datang; arah yg ditunjukkan oleh kompas. ~ cincin batu permata yg ada pd cincin. ~ dacing garis-garis pd batang dacing utk menunjukkan berat sesuatu. ~ duitan orang yg mementingkan wang saja; orang yg tamak akan wang. ~ hati perasaan hati. ~ hitam bahagian biji mata yg berwarna hitam. ~ kail kawat bengkok yg tajam hujungnya utk memancing. ~ kaki buku lali. ~ kasar mata biasa (tidak menggunakan teropong). ~ kayu a. tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu. b. tidak tahu membaca atau menulis. ~ keranjang sangat suka melihat perempuan (ttg lelaki). ~ lembu (kerbau, sapi) nama masakan telur yg digoreng bulat-bulat. ~ panah bahagian hujung anak panah yg tajam. ~ pelajaran jenis-jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan di sekolah-sekolah dll. ~ pencarian pekerjaan yg dilakukan utk memperoleh nafkah. ~ petai mata yg tidak dpt melihat dgn betul. ~ piano bahagian piano yg ditekan-tekan dgn jari utk menghasilkan bunyi. ~ punai lubang pd sesuatu anyaman yg bersegi enam. ~ ringkas mata serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis mata labah-labah dan mata kala jengking. ~ tangga anak tangga. ~ tunas tunas yg baru bercambah. ~ wang jenis wang yg digunakan di sesuatu tempat. mata-mata pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis. ~ gelap polis yg mencari rahsia. memata-matai mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; mengamat-amati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Cik Buang pergi ke kedai,
     Belikan saya sebatanglah tiang;
Jangan kata saya tak pandai,
     Mata tak tentu mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(254)
Peribahasa

Bersultan di mata,
     beraja di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

 

Lihat selanjutnya...(92)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cerelang[tS«.Ä«.lAN]kata adjektifberkenaan cara memandang dengan membesarkan biji mata.Cerelang mata wek marah tok ki.[tS«.Ä«.lAN mA.t we/ mA.ÄAh to/ ki]Besar biji mata nenek marahkan datuk.
ceram[tS«.ÄAm]kata kerjasakit atau pedih berkenaan mataCeram mate koi kene buran dengan pase.[tS«.ÄAm mA.t« koj k«.n« bu.ÄAn d«.NAn pA.sE]Pedih mata saya kena baling dengan pasir.
candak[tSAn.dA/]kata adjektifberkenaan mata tunas yang tumbuh.Batang kunyit yang kena cantaih tu dah candak ada.[bA.tAN ku.øit jAN k«.nA tSAn.tAC tu dAh tSAn.dA/ A.dA]Batang kunyit yang kena cantas sudah ada mata tunas.
buran[bu.ÄAn]kata kerjamembaling sesuatu yang kecil seperti batu-batu kecil dan pasir.Mata adek tak boleh celek, kena buran dengan pase.[mA.tA A.dE/ tA/ bo.leh tS«.l«/ k«.nA bu.ÄAn d«.NAn pA.sE]Mata Ahmad tidak boleh celek, kena baling dengan pasir.
kela[k«.lA]kata adjektifberkenaan mata yang juling sedikit.Kela pon kawen anok raja.[k«.lA pon kA.wen A.n/ ÄA.dZA]Juling pun berkahwin dengan anak raja.
udoi[u.dj]kata adjektifberkenaan mata yang mengantuk.Udoi mate koi lame ngat nunggu die.[u.dj mA.t« koj lA.m« NAt nuN.gu di.j«]Mengantuk saya kerana lama sangat menunggunya.
bole II[b.lE]kata adjektifberkenaan mata yang tersembul kerana kecederaan.Kesian Mamat, mate jadi bole, lepaih kene langgar moto][k«.si.jAn mA.mAt mA.t« dZA.di b.lE l«.pAs k«.n« lAN.gÄ m.t]Kasihan Mamat, matanya tersembul selepas kena langgar motorsikal.
aran[A.ÄAn]kata namaalat menangkap ikan daripada galah panjang, tali tangsi dan mata kail. Alat ini dicacakkan di tengah sungai.Bila sungei toho, ayah gi tahan aran.[bi.lA su.Nei t.h A.jAh gi tA.hAn A.ÄAn]Bila air sungai surut ayah pergi tahan aran.
jereme[dZ«.Ä«.m«]kata namaalat menangkap ikan seperti lukah tetapi diperbuat daripada jaring halus (mata punai).Aki tahan jereme kat sungai.[A.ki tA.hAn dZ«.Ä«.m« kAt su.NAj]Aki menahan jerema di sungai.
beperai[b«.p«.ÄAj]kata namateknik menangkap ikan dengan cara melepaskan tali tangsi yang mempunyai banyak mata kail ke laut. Tali ini kemudiannya ditarik perlahan-lahan ketika bersampan.Sari suntok koi beperai dapat seko je.[sA.Äi sun.to/ kj b«.p«.ÄAj dA.pAt sE.ko dZ«]Sehari suntuk saya beperai, dapat seekor ikan sahaja.
12

Kembali ke atas