Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. berkenaan rasa benci apabila melihat seseorang.Koi toye ngat tengok muke Abang Den.[kj t.j« NAt tE.N mu.k« A.bAN den]Saya benci sangat melihat muka Abang Din.
mancaih[mAn.tSAC]kata adjektifterliur.Kak Yam rase mancaih nengok kedondong.[kA/ jAm ÄA.s« mAn.tSAC nE.N/ k«.don.doN]Kak Yam rasa terliur apabila melihat buah kedondong.
getan[g«.tAn]kata adjektifgeram.Getan man tengok budok tok, mengade-ngade.[g«.tAn mAn tE.N/ bu.d/ to/ m«.NA.d«.NA.d«]Geram saya melihat budak itu, mengada-ngada.
ralek[ÄA.le/]kata adjektifasyik, leka.Orang puteh tu ralek tengok orang besanding.[.ÄAN pu.teh tu ÄA.le/ tE.No/ .ÄAN b«.sAn.diN]Orang Inggeris itu asyik melihat orang bersanding.
tekancu[t«.kAn.tSu]kata kerjatergamam.Koi tekancu tengok bende itam melintah.[kj t«.kAn.tSu tE.N b«n.d« i.tAm m«.lin.tAC]Saya tergamam apabila melihat lembaga hitam melintas.
selepot[s«.lE.pot]kata kerjaduduk dengan tidak bergerak-gerak.Adek selepot tengok mok buat kue.[A.de s«.lE.pot tE.N m bu.wAt ku.we]Adik selepot melihat emak membuat kuih
cukang[tSu.kAN]kata adjektiftanda pangkah.Esok ayah tok nok tengok buku ni banyak cukang.[E.so/ A.jAh t/ n/ tE.N/ bu.ku ni bA.øA/ tSu.kAN]Nanti ayah tidak mahu melihat buku sekolah ini banyak tanda pangkah.
menciput[m«n.tSi.put]kata kerjaberlari dengan pantas (berkenaan manusia atau haiwan) kerana sesuatu sebab (seperti takut, terkejut).Budok tu menciput tengok tok mudem.[bu.d/ tu m«n.tSi.put tE.N/ to/ mu.dem]Budak itu menciput apabila melihat tok mudim.
gaye[gA.j«]kata adjektifberkenaan kelakuan yang tidak senonoh kerana terlalu gembira.Koi nyampoh beto nengok penyokong bola tu, gaye ngat.[kj øAm.ph b«.to nE.N/ p«.øo.koN b.lA tu gA.j« NAt]Saya menyampah betul melihat kelakuan yang tidak senonoh para penyokong bola sepak tu.
ngege[NùE.gE] kata kerjakata kerja1. berkenaan keadaan membongkokkan badan kerana mengangkat sesuatu yang berat.Kesian kawan tengok dia ngangkat guni tu, sampe ngege.[k«.si.jAn kA.wAn tE.N/ di.j« NAN.kAt gu.ni tu sAm.pE NùE.gE]Kasihan saya melihat dia mengangkat guni itu, sampai membongkokkan badan.
12

Kembali ke atas