[me.man.du] | ممندو
Definisi : mencuba, menguji; ~ pakaian mencuba pakaian; ~ senjata mencuba atau menguji senjata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.man.du] | ممندو
Definisi : 1. memimpin: dialah yg ~ angkatan sepuluh orang itu ke Pulau Tioman; 2. membawa (kereta, kapal terbang): ~ kereta dgn laju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.man.du] | ممندو
Definisi : 1 menunjukkan jalan: Siapa yg akan ~ kita di sana nanti? 2 mengendalikan (kenderaan) supaya bergerak mengikut arah yg betul; menjalankan (kereta dll): ~ kereta dgn cermat supaya jiwa selamat. 3 berlaku sbg ketua kpd; menjadi ketua kpd sesuatu pergerakan dll; memimpin: Dialah yg ~ rakyat menentang penjajahan. 4 ki membawa ke arah yg benar; menunjukkan jalan: Agama yg dibawa oleh rasul itu diperlukan oleh manusia utk ~ dan mengawal akal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)