Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mang.gil] | ممڠݢيل

Definisi : 1. menyuruh datang (balik) dgn menyebut nama dll: maka bertemulah dgn sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil, lalu datanglah ia; 2. menjemput, mengundang (ke majlis kenduri dll): segala orang yg berkenaan akan dipanggil utk menyaksikan perayaan itu; 3. menama­kan, menggelar, menyebut: buah ini dipanggil timun; selama besar ini, dia termalu-malu ~ abang; belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb terlalu rajin (lekas menger­jakan sesuatu yg disuruh); kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua prb jawaban yg tepat bagi sesuatu pertanyaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mang.gil] | ممڠݢيل

Definisi : 1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2 menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya “Ali Pendek”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panggil
Kata Terbitan : memanggil, memanggilkan, panggilan, pemanggil, sepemanggil,

Puisi
 

Orang seberang mengutip paku,
     Anak kumbang terayap-rayap;
Orang seberang memanggil aku,
     Hendak terbang tiada sayap.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
deruah[d«.Äu.wAh]kata kerjamelaungkan suara yang nyaring dengan tujuan memanggil atau menghalau.Ce deruah sikit musang tu.[tS« d«.Äu.wAh si.kit mu.sAN tu]Cuba deruah untuk menghalau musang tu.
pelipek[p«.li.pe/]kata namasejenis alat yang diperbuat daripada buluh dan berlidah, gunanya untuk memanggil binatang buruan seperti ayam hutan.Ayoh hande tiyuk pelipek.[A.joh hAn.de ti.ju/ p«.li.pe/]Ayah handal meniup pelipek.
parok[pA.č/]kata kerjamengeluarkan bunyi tertentu menggunakan kedua-dua belah tangan yang diletakkan di mulut dan ditiup untuk memanggil dan menangkap ayam hutan.Banyok dapat ayam utan, kene parok die.[bA.ø/ dA.pAt A.jAm u.tAn k«.n« pA.č/ di.j«]Banyak dapat ayam hutan kerana paroknya.

Kembali ke atas