Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.suh] | ممباسوه

Definisi : 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: membasuh kain; membasuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: membasuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku membasuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: membasuh orang yang antiperpaduan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.suh] | ممباسوه

Definisi : membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membasuh

Puisi
 

Ada kerusi ada meja,
     Itulah tempat membasuh kaki;
Ada budi ada bahasa,
     Itulah tempat ditaruh hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Membasuh muka dengan air liur.

Bermaksud :

Memperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bako kuci[bA.ko ku.tSi] sejenis bakul yang dibuat daripada buluh berbentuk bulat atau segi empat untuk membasuh atau tos sesuatu.Bok sini bako kuci tu, nok basoh beraih.[b/ si.ni bA.ko ku.tSi tu n/ bA.s/ b«.ÄAC]Bawak ke sini bakul bulat itu, hendak membasuh beras.
ketapak[k«.tA.pA/]kata namabangku kecil tempat duduk, biasanya digunakan oleh orang perempuan ketika membasuh atau melakukan kerja-kerja ringan secara duduk.Ce ambek ketapak, mok nok dudok basoh baju.[tS« Am.be/ k«.tA.pA/ m/ n/ du.do/ bA.soh bA.dZu]Tolong ambilkan ketapak, emak hendak duduk sambil membasuh baju.
jamban[dZAm.bAn]kata namabinaan daripada kayu balak dan papan yang berfungsi sebagai tempat mandi, membasuh pakaian dan tandas.Titi jamban tu dah reput.[ti.ti dZAm.bAn tu dAh Ä«.put]Titi jamban itu sudah reput.
bete[b«.t«]kata namaalas tilam daripada kain berwarna putih yang digunakan oleh pasangan pengantin pada malam pertama.Mok basoh bete pase keno berok kuceng.[m/ bA.soh b«.t« pA.sE k«.n bE.č/ ku.tSeN]Emak membasuh alas tilam kerana terkena najis kucing.
renyah[Ä«.øh]kata kerjamelakukan sesuatu dalam keadaan marah.Gelaih tu banyok pecoh pase Kak Long renyoh maso basoh.[g«.lAC tu bA.ø/ p«.tSAh pA.sE kA/ loN Ä«.øh mA.so bA.soh]Gelas itu banyak yang pecah sebab Kak Long marah semasa membasuh pinggan.

Kembali ke atas