Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.lu/] | مملوق

Definisi : mendakap, merangkul: maka baginda pun segeralah ~ dan mencium anak-anda baginda dgn tangisnya; ~ lutut a) men­dakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-­apa; ~ agama menganut atau masuk sesuatu agama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.lu/] | مملوق

Definisi : 1 memegang sesuatu rapat-rapat ke dada sendiri dgn kedua-dua belah tangan; mendakap; merangkul: Baginda pun ~ dan mencium anakanda baginda serta dgn tangisnya. 2 masuk atau menganut sesuatu agama: ~ agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluk
Kata Terbitan : berpeluk, berpelukan, berpeluk-pelukan, memeluk, pelukan, pemeluk,

Puisi
 

Anak buaya pergi bertenung,
     Singgah ke lubuk memakan bangkai;
Hendak hati memeluk gunung,
     Gunung dipeluk tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Niat di hati hendak memeluk gunung,
     sudah terpeluk biawak celaka (= sial).

Bermaksud :

Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sengkeroi[s«N.k«.čj]kata kerjamemeluk tubuh atau lutut kerana kesejukan .Mandi cepat, buat ape sengkeroi gitu.[mAn.di tS«.pAt bu.wAt A.p« s«N.k«.čj gi.tu]Mandi cepat, buat apa memeluk tubuh seperti itu.
kepok[kE.p/]kata kerjamemeluk sesuatu atau seseorang dengan peha dan kaki (seperti memanjat pokok).Kalo nak panjat pokok nyo tu, kepok kemah-kemah.[kA.l nA/ pAn.dZAt p.k/ ø tu kE.p/ k«.mAC-.k«.mAC]Kalau hendak panjat pokok kelapa itu, peluk kemas-kemas.
dapong[dA.poN]kata kerjamemeluk dan mengangkat sesuatu atau seseorang.Ayoh dapong adek masok bilek.[A.joh dA.poN A.de/ mA.so/ bi.le/]Ayah dapong adik masuk ke bilik.

Kembali ke atas