Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : Ph mengorek (kubur); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : 1 mengorek tanah supaya berlubang utk membuat perigi dll: Sehari suntuk dia ~ perigi di belakang rumahnya. 2 mengambil sesuatu dr dlm tanah dgn membuat lubang: ~ ubi; ~ emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggali

Puisi
 

Terang bulan menggali ubi,
     Ubi digali lagi muda;
Kalau tuan tak tahan rugi,
     Janganlah bermain dari mula.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kobek[k.bE/]kata kerjamenggali tanah dengan tujuan untuk mencari sesuatu (seperti cacing, ubi).Kobek dalam sikit, kang kene ubi.[k.bE/ dA.lAm si.kit kAN k«.n« u.bi]Gali dalam sikit, nanti kena ubi.

Kembali ke atas