Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.gi.kan] | منيڠݢيکن

Definisi : 1. menjadikan tinggi, menam-bahkan (mutu dll): bangunan itu telah di-tinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; 2. mengangkat (menyan­jung) menjadi tinggi; 3. mengeraskan atau menguatkan (suara); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.gi.kan] | منيڠݢيکن

Definisi : 1 menjadikan tinggi; menaikkan: Ia ~ harga gula di kedainya. 2 mengangkat atau menyanjung menjadi tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Peribahasa

Hendak tinggi terlalu,
     jatuh.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
timbau[tim.bAw]kata namapapan yang dipasang pada birai perahu untuk tujuan meninggikan perahu.Perahu tu kalo pasang timbau muat lime orang.[p«.ÄA.hu tu kA.lo pA.sAN tim.bAw mu.wAt li.m« .ÄAN]Perahu itu kalau pasang timbau boleh memuatkan lima orang.

Kembali ke atas