Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.di] | منجادي

Definisi : 1 dipilih atau diangkat sbg; bekerja atau bertindak sbg: Ia ~ juruacara pd malam itu. 2 berubah kpd rupa (keadaan, bentuk dll) yg lain: Dgn galakan itu, ia ~ lebih rajin sekarang. 3 hidup (tumbuh) dgn suburnya; mendatangkan hasil yg banyak: Sawahnya ~ tahun ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Burung disebut si burung merak,
     Menjadi ratu istana rimba;
Untung sabut timbul nampak,
     Untung batu tenggelam hamba.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Menjadi landasan pagi dan petang.

Bermaksud :

Orang yang hidup memburuh.

 

Lihat selanjutnya...(146)

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(80)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bapok[bA.p/]kata tugaskata yang menjadi menerangkan atau menegaskan sesuatu benda.Bapok besanye rumoh die.[bA.p/ b«.sA.ø« Äu.mh di.j«]Sangat besar rumahnya.
memo[m«.m]kata adjektifberkenaan isi buah yang menjadi lembik kerana jatuh.Jambu ae tu memo, pase gugo.[dZAm.bu Ae tu m«.m pA.sE gu.go]Jambu air itu lembik sebab gugur.
keri[k«.Äi]kata adjektif1. berkenaan sesuatu yang menjadi keras.Ikan tu dah keri kene ae batu.[i.kAn tu dAh k«.Äi k«.n« Ae bA.tu]Ikan itu sudah keras terkena air batu.
langgah[lAN.gAh]kata adjektifberkenaan kawasan atau ruang yang menjadi lapang.Pemburu cari jalan keluar utan ikot langgah.[p«m.bu.Äu tSA.Äi dZA.lAn k«.lu.wA u.tAn ikot lAN.gAh]Pemburu mencari jalan keluar dari hutan melalui langgah.
saet[sAet]kata adjektifgila.Dia saet lepaih anoknye mati.[di.j« sAet l«.pAC A.n/.ø« mA.ti]Dia menjadi gila selepas anaknya meninggal dunia.
begelubi[b«.g«.lu.bi]kata adjektifberkenaan jalan raya, papan dan lain-lain yang tidak rata.Jalan tu begelubi lepaih boh.[dZA.lAn tu b«.g«.lu.bi l«.pAC bh]Jalan itu menjadi tidak rata selepas dilanda banjir.
gonggok[goN.go/]kata namaberkenaan rambut atau rumput yang bertompok dan tidak rata akibat daripada guntingan yang tidak sama; gelotot.Rambot jadi gonggok pase tok reti gunteng.[ÄAm.bot dZA.di goN.go/ pA.sE t/ Ä«.ti gun.teN]Rambut menjadi tidak rata kerana tidak pandai mengguntingnya.
calong[tSA.loN]kata namasejenis parang yang bahagian hujungnya bengkok (senjata lama orang Melayu).Parang calong tu ayah tak nak jual pase dah jadi antik.[pA.ÄAN tSA.loN tu A.jAh tA/ nA/ dZu.wAl pA.sE dAh dZA.di An.ti/]Parang calung itu ayah tidak berhajat untuk menjualnya sebab sudah menjadi barang antik.

Kembali ke atas