Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.sa] | مراس

Definisi : 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2. mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. = merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dll) utk mengetahui kasar halus­nya (berat tidaknya dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa] | مراس

Definisi : mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merasa

Puisi
 

Burung serindit di dalam perahu,
     Bunga bayam di dalam dulang;
Hati adik merasa rindu,
     Kerana berjauhan dengan abang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sudah merasa maka (= baru) santun.

Bermaksud :

Baru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sengkeleng[s«N.k«.leN]kata kerjapulas tangan ke belakang.Tangan koi rase saket pase sengkeling dek abang.[tA.NAn kj ÄA.s« sA.ket pA.sE s«N.k«.leN de A.bAN]Tangan saya merasa sakit kerana dipulas ke belakang oleh abang.

Kembali ke atas