Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.yu] | مرايو

Definisi : 1. menyedapkan hati (menawan hati, mempersenang hati) dgn hiburan dll: irama lagu Melayu ~ hati; 2. memikat hati, memujuk: ia menulis surat ~ gadis itu supaya menerimanya sbg suami; 3. memajukan permohonan, mengemukakan permintaan (pertimbangan): jika seseorang tidak puas hati dgn keputusan Mahkamah Tinggi, maka bolehlah ia ~ kpd Mahkamah Ulang Bicara; mereka ~ kpd kerajaan supaya bertindak segera membasmi nyamuk dan lalat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.yu] | مرايو

Definisi : berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.yu] | مرايو

Definisi : 1 menyedapkan hati dgn hiburan dll: Irama lagu Melayu ~ hati. 2 memikat hati; memujuk: Ia ~ gadis itu dgn kata-kata manis. 3 memajukan permohonan: Saya ~ kpd mereka supaya mempertimbangkan keputusan itu semula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rayu2
Kata Terbitan : merayu, rayuan, perayu, merayu,

Puisi
 

Tuan menyuluh Batu Kayu,
     Tanam lada dari Acheh;
Bunyi guruh saya merayu,
     Tidak disangka bercerai kasih.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kecek[kE.tSE/]kata kerjaminta sesuatu dengan memujuk dan merayu.Keceklah kat Y.B. kalo nok jalan.[kE.tSE/.lAh kAt wAj.bi kA.l no/ dZA.lAn]Pujuk dan rayulah pada Y.B. kalau mahu jalan.

Kembali ke atas