Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.kal] | ناکل

Definisi : 1. suka melakukan sesuatu yg dilarang spt mengganggu dll (terutama kanak-kanak), tidak menurut kata: Nadan memang ~, kadang-kadang dia mencuri duit ayahnya; 2. buruk kelakuannya, jahat: isterinya yg ~; menakal nakal atau jahat kelakuannya, berkelakuan nakal; menakali membuat nakal kpd, men­ce­ro­bohi, mengganggu (orang); ~ isteri orang mengganggu isteri orang; kenakalan perihal nakal, kejahatan: risau ia melihat ~ anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.kal] | ناکل

Definisi : 1 suka membuat sesuatu yg di­larang spt mengganggu orang atau mencarik kertas (terutamanya kanak-kanak): Anaknya ~-~ belaka. 2 tidak baik kelakuannya (perangainya); jahat: suami yg ~. kenakalan keadaan atau sifat nakal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nakal
Kata Terbitan : menakali, kenakalan,
Rujuk :jahat;,


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengkarak[m«N.kA.ÄA/]kata adjektifberkenaan budak-budak nakal.Mengkarak beto budok tu di tempat kite ni.[m«N.kA.ÄA/ b«.to bu.d/ tu di t«m.pAt ki.t« ni]Nakal sungguh budak itu di tempat kita ni.
baran[bA.ÄAn]kata adjektifberkenaan seseorang yang sangat nakal.Sopian, awok ni baran ngatlah, kena tangkap poleh baru padan muka.[s.pi.jAn A.w/ ni bA.ÄAn NAt.lAh k«.n« tAN.kAp po.leh bA.Äu pA.dAn mu.kA]Sopian, awak ini sangat jahat, kena tangkap oleh polis baru awak tahu.
lesing[l«.siN]kata kerjamenjentik telinga.Lesing budok nake.[l«.siN bu.d/ nA.kE]Jentik telinga budak yang nakal.
merengkang-rengkang[m«.Ä«N.kAN.Ä«N.kAN]kata kerjabertikam lidah.Pase anok je, mok bapok merengkang-rengkang.[pA.sE A.n/ dZ« m/ bA.p/ m«.Ä«N.kAN.Ä«N.kAN]Nakal sungguh budak itu di tempat kita ni.

Kembali ke atas