Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Puisi
 

Memasang jerat sudah lama,
     Dapat seekor burung nuri;
Saya pergi tiada lama,
     Pandai-pandai menjaga diri.


Lihat selanjutnya...(146)
Peribahasa

Pandai makan tak pandai simpan.

Bermaksud :

Tak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(92)

9

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(30)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bingai[bi.NAj]kata adjektifbodoh.Penat aja die, tok dapat-dapat, bingai beto.[p«.nAt A.dZA di.j« t/ dA.pAt.dA.pAt bi.NAj b«.to]Penat sahaja mengajar dia, tidak pandai-pandai juga, bodoh betul.
pakok[pA.ko/]kata kerjacara menyambut batu seremban (sejenis permainan tradisional Melayu).Milah pandai pakok batu seremban.[mi.lAh pAn.dAj pA.ko/ bA.tu s«.Ä«m.bAn]Milah pandai menyambut batu seremban.
menganjeng[m«.NAn.dZeN]kata kerjamengejek seseorang untuk melakukan sesuatu yang tidak mampu dibuatnya.Mentang-mentang koi tok pandai bawok kerete, demo menganjeng kat koi.[m«n.tAN.m«n.tAN koj to/ pAn.dAj bA.w/ k«.ÄE.t« dE.m m«.NAn.dZeN kAt koj]Mentang-mentanglah saya tidak pandai memandu kereta, kamu mengejek saya.
mengelenek[m«.N«.lE.nE/]kata kerjamenggelecek bola.Pande bebeno budak tu mengelenek bola.[pAn.dE b«.b«.no bu.dA/ tu m«.N«.lE.nE/ bo.lA]Pandai sungguh budak itu menggelecek bola.
kopot[k.pt]kata adjektifberkenaan orang yang gemuk pendek.Budok kopot tu pande ngaji.[bu.do/ k.pt tu pAn.dE NA.dZi]Budak gemuk pendek itu pandai mengaji.
gonggok[goN.go/]kata namaberkenaan rambut atau rumput yang bertompok dan tidak rata akibat daripada guntingan yang tidak sama; gelotot.Rambot jadi gonggok pase tok reti gunteng.[ÄAm.bot dZA.di goN.go/ pA.sE t/ Ä«.ti gun.teN]Rambut menjadi tidak rata kerana tidak pandai mengguntingnya.
gelotot[g«.l.tot]kata adjektifberkenaan rambut atau rumput yang bertompok dan tidak rata akibat daripada guntingan yang tidak sama; gonggok.Rambot jadi gelotot pase tok reti gunteng.[ÄAm.bot dZA.di g«.l.tot pA.sE t/ Ä«.ti gun.teN]Rambut jadi bertompok kerana tidak pandai gunting.

Kembali ke atas