Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.jal] | ڤجل

Definisi : keras dan padat, tidak berongga dalam­nya: tubuhnya gempal dan ~; batu ~ sj batu yg keras dan padat, granit; memejalkan menjadikan pejal, memadat­kan, memampatkan; kepejalan perihal (keadaan) pejal; pemejalan proses menjadikan sesuatu pejal; pemejal bahan yg memejalkan: krim ~ payudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.jal] | ڤجل

Definisi : tidak berongga di dlmnya; padat dan keras: batu ~ batu yg padat lagi keras. memejal menjadi pejal: Logam-logam itu bercantum apabila pateri ~. memejalkan menjadikan pejal; memadatkan: ~ tanah. pepejal benda-benda yg pejal (bukan gas atau cecair). pemejalan proses (hal dsb) memejal atau memejalkan: Perubahan drpd bentuk cecair kpd bentuk pepejal disebut ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pejal (adjektif)
Bersinonim dengan padu, mampat, padat, tumpat, tetal, kejal, rapat, kejat, kedap, penuh, sarat, sendat, kimpal, pisik, sintal, gemuk, gempal;,
Kata Terbitan : memejalkan, kepejalan,


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kejoi[k«.dZj]kata adjektifberkenaan ikan, ayam, ubi dan lain-lain yang pejal apabila dimasakBio kejoi dulu ayam tu baru buat gulai.[bi.j k«.dZj du.lu A.jAm tu bA.Äu bu.wA/ gu.lAj]Biarkan pejal dahulu ayam itu barulah dimasak.

Kembali ke atas