Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,

Puisi
 

Anak tambi pendek orang,
     Mari menyeberang tebing seberang;
Hati belum hendak pulang,
     Hendak bertemu sama seorang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kesek[kE.sE/]kata adjektifpendek.Doh kesek pense awok.[doh kE.sE/ pen.sE A.wo/]Sudah pendek pensel awak.
kopot[k.pt]kata adjektifberkenaan orang yang gemuk pendek.Budok kopot tu pande ngaji.[bu.do/ k.pt tu pAn.dE NA.dZi]Budak gemuk pendek itu pandai mengaji.
tajol[tA.dZol]kata namatali pendek untuk mengikat sesuatu.Wek ikat jagong tue dengan tajol dekat pare.[we i.kAt dZA.goN tu.w« d«.NAn tA.dZol d«.kAt pA.Ä«]Nenek mengikat jagung tua dengan tali pendek dekat para.
puko anok[pu.ko A.n/] kayu panjang memukul kayu pendek dalam permainan congkeh mate.Mase puko anok tu jangan tinggi ngat takot dapat sambot.[mA.s« pu.ko A.n/ tu dZA.NAn tiN.gi NAt tA.kot dA.pAt sAm.bot]Semasa pukul anak, jangan tinggi sangat, nanti dapat sambut.
petek ula[p«.te/ u.lA] permainan dengan cara memetik kayu pendek di dalam lubang sehingga melantun ke atas dan dipukul oleh kayu panjang.Kawan tok reti maen petek ula.[kA.wAn t/ Ä«.ti mA.en p«.te/ u.lA]Saya tidak tahu bermain petek ular.
dengkat[dEN.kAt]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang tidak sempurna kerana kaki yang pendek sebelah.Dia dengkat lepaih jatoh pokok.[di.jA dEN.kAt l«.pAC dZA.toh p.k/]Dia dengkat selepas jatuh daripada pokok.

Kembali ke atas