Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : sj kenaikan (drpd kayu dll) di air dan biasanya tidak mempunyai geladak, sampan besar; ~ jalur sj perahu yg dibuat drpd sebatang kayu yg dibelah dua, dikorek isi tengahnya dan dibentuk spt perahu; ~ kura sj kapal perang lama; ~ lading perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu; ~ layar perahu yg mema­kai layar; ~ mayang (payang, pemayang, pukat) perahu utk memukat di laut; ~ som sj perahu perang yg kecil dan laju; ~ bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd tempatnya (perdaga­ngan); ~ papan bermuat intan prb sesuatu yg tidak layak diperjodohkan; ibarat ~ takkan karam sebelah prb dua orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh kedua­duanya; terlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati­hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik; berperahu menaiki perahu: mereka lari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : kenaikan di air yg dibuat drpd sebatang kayu yg ditebuk dan tidak bergeladak. ~ getah pelampung yg berbentuk perahu dan dibuat drpd getah (biasanya digunakan ketika kecemasan di laut dll). berperahu menaiki perahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perahu (kata nama)
Bersinonim dengan sampan, gurap, sambuk, sagur, biduk, baluk, tongkang, sekoci, selob, selup;,
Kata Terbitan : berperahu,

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Perahu papan bermuat intan.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(39)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
timbau[tim.bAw]kata namapapan yang dipasang pada birai perahu untuk tujuan meninggikan perahu.Perahu tu kalo pasang timbau muat lime orang.[p«.ÄA.hu tu kA.lo pA.sAN tim.bAw mu.wAt li.m« .ÄAN]Perahu itu kalau pasang timbau boleh memuatkan lima orang.
senggeng II[sEN.gEN]kata adjektifberkenaan perahu yang senget.Senggeng perahu tu lepah boh.[sEN.gEN p«.ÄA.hu tu l«.pAC bh]Senget perahu itu selepas dilanda banjir.
   2.   terbabas disebabkan oleh tolakan atau himpitan.Perahu mabo tolok dek arus.[p«.ÄA.hu mA.b to.lo/ de/ A.Äus]Perahu terbabas di tolak oleh arus.
buo lesong[bu.w l«.soN]kata adjektifberkenaan pusaran air besar di sungai atau lubuk yang sangat berbahaya dan boleh menerbalikkan perahu atau sampan.Jangan perahu kat buo lesong tu, kang tebalek.[dZA.NAn p«.ÄA.hu kAt bu.w l«.soN tu kAN t«.bA.le/]Jangan berperahu di pusaran air besar, nanti terbalik.
lapu[lA.pu]kata kerjamembuat sesuatu yang sia-sia.Ikat kuat tali perahu tu, kalu anyut lapu la kito.[i.kAt ku.wAt tA.li p«.ÄA.hu tu kA.lu A.øut lA.pu lA ki.to]Ikat kuat-kuat tali perahu itu, kalau hanyut sia-sia kerja ita.
nunde[nun.d«]kata kerjamenangkap ikan dengan menggunakan tali tangsi yang ditarik dengan perahu; ngulo.Kalau tok ujan kite boleh nunde.[kA.lAw t/ u.dZAn ki.t« b.leh nun.d«]Kalau hari tidak hujan kita boleh nunde.
ngulo[Nu.lo]kata kerjamenangkap ikan dengan menggunakan tali tangsi yang ditarik dengan perahu; nunde.Kalau hari cerah kite boleh gi ngulo.[kA.lAw hA.Äi tS«.ÄAh ki.t« bo.leh gi Nu.lo]Kalau cuaca baik kita boleh pergi ngulo.

Kembali ke atas