Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. me­ninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : berjalan ke tempat lain; meninggalkan tempat yg mula-mula: Dia ~ ke pasar. pulang ~ pergi dan baik semula. ~ dahulu a. pergi terlebih dahulu. b. meninggal dunia; mati. ~ haji menunaikan fardu haji di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Cik Ali pergi berperang,
     Pergi berperang dengan senjata;
Awan di langit kalau terang,
     Cahaya bintang baru nyata.


Lihat selanjutnya...(338)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
retok[ÄE.t/]kata tugaskelmarin, dua hari sebelum hari ini.Awok gi mane retok?[A.w/ gi mA.n« ÄE.t/]Awak pergi ke mana kelmarin?
maknye[mA/.ø«]kata tugasmengapa.Maknye awak tok pegi sekolah.[mA/.ø« A.wA/ t/ p«.gi s«.ko.lAh]Mengapa awak tidak pergi sekolah.
kaeh[kAeh]kata namaganti nama diri pertama tunggal.Kaeh tok gemo pegi kede.[kAeh t/ g«.m p«.gi k«.dE]Saya tidak gemar pergi kedai.
jerambah[dZ«.ÄAm.bAh]kata namabangsal penyediaan makanan yang dibina khusus semasa kenduri.Gi ambek laok di jerambah.[gi Am.be/ lA.o/ di dZ«.ÄAm.bAh]Pergi ambilkan lauk di jerambah.
leka[l«.kA]kata namarakit daripada buluh.Ayoh ke hutan ambek buloh buat leka.[A.joh k« hu.tAn Am.be/ bu.loh bu.wAt l«.kA]Ayah pergi ke hutan mengambil buluh untuk membuat rakit.
mendarat[m«n.dA.ÄAt]kata kerjaberjalan kaki.Koi mendarat je gi sekoloh.[kj m«n.dA.ÄAt dZ« gi s«.k.lh]Saya berjalan kaki sahaja pergi sekolah.
kot[kot]kata tugasagaknya, barangkali, kalau-kalau.Ce la ajok kot dia nok gi.[tS« lA A.dZ/ kot di.j« n/ gi]Cubalah ajak, kalau-kalau dia hendak pergi.
habat[hA.bAt]kata adjektifberkenaan seseorang yang sangat pengotor.Tok soh gi kede tu, toke habat ngat.[t/ sh gi k«.dE tu t.kE hA.bAt NAt]Jangan pergi ke kedai itu, pemiliknya sangat pengotor.
mamon[mA.mon]kata adjektifbosan.Cuti-cuti ni mamon koi tok ke mane.[tSu.ti.tSu.ti ni mA.mon koj to/ k« mA.n«]Waktu cuti begini, bosan saya tidak pergi ke mana.
   2. berkenaan keinginan yang amat sangat untuk mendapatkan sesuatu.Adek keri ngat nok gi pesta maenan.[A.de/ k«.Äi NAt no/ gi pes.tA mA.e.nAn]Adik teringin sangat hendak pergi ke pesta mainan.
123

Kembali ke atas