Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1 tidak boleh tidak; mesti; wajib: Sembahyang lima waktu sehari semalam itu ~ bagi tiap-tiap orang Islam. Tiap-tiap permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon. 2 mesti ada; berguna; mustahak; penting: Mana-mana barang yg tidak ~ tak usahlah dibawa. 3 sesuatu yg dikehendaki; hajat; guna: Apa ~nya saya pergi bersama? memerlukan 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. keperluan apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Bermaksud :

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tok pocit[t/ p.tSit] tak perlu.Ari ni ujan lebat, tok pocit gi sekoloh.[A.Äi ni u.dZAn l«.bAt t/ p.tSit gi s«.k.lh]Hari ini hujan lebat, tidak perlu pergi sekolah.
paye[pA.j«]kata namasawah.Mase menuai, paye kene kering.[mA.s« m«.nu.wAi pA.j« k«.n« k«.riN]Masa menuai, sawah perlu kering.
mabang[mA.bAN]kata namahasta.Kaen ni kene potong tujoh mabang.[kA.en ni k«.n« po.toN tu.dZoh mA.bAN]Kain ini perlu dipotong tujuh hasta.
pelece[p«.lE.tSE]kata namamengambil tahu.Kite kene pelece sikit kat orang, kang susoh.[ki.t« k«.n« p«.lE.tSE si.kit kAt .ÄAN kAN su.soh]Kita perlu mengambil tahu sikit dengan orang, nanti susah.
celeng[tSE.leN]kata adjektifjuling sedikit.Celeng macam tu tak payah berubat, cantek.[tSe.leN mA.tSAm tu tA/ pA.jAh b«.Äu.bAt tSAn.te/]Juling sedikit itu tidak perlu berubat, cantik.
   2. pondok di atas pokok yang berfungsi sebagai tempat buruan.Kalo nak tembok rimo kena buat pakoh.[kA.l nA/ t«m.b/ Äi.m k«.nA bu.wAt pA.kh]Kalau hendak tembak harimau perlu buat pondok di atas pokok.
menyompong[m«.øm.poN]kata kerjamengumpul wang.Nampoknya koi kene menyompong lagi nok ke Mekoh.[nAm.pA/.ø« koj k«.n« m«.øm.poN lA.gi no/ k« m«.kh]Nampaknya saya perlu mengumpul wang lagi untuk ke Mekah.
regeh I[Ä«.geh]kata namabilah.Regeh lukoh koi kuat lagi tok payoh ganti.[Ä«.geh lu.koh koj ku.wAt lA.gi t/ pA.jh gAn.ti]Bilah lukah saya masih kuat lagi, tidak perlu diganti.
gube[gu.bE]kata kerjamengupas kelapa dengan membuang sabut di hadapan dan belakangnya sahaja.Nyo tu kene gube dulu baru buleh juwe.[ø tu k«.n« gu.bE du.lu bA.Äu bu.leh dZu.wE]Kelapa itu perlu gube, baru boleh dijual.
solak[s.lA]kata namasejenis alat mengupas kelapa seperti lembing yang dicacak di atas tanah.Nok koyok nyo banyok kene gune solak.[n k.j ø bA.ø k«.n« gu.n« s.lA]Kalau hendak mengupas banyak kelapa perlu menggunakan solak
12

Kembali ke atas