Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1. rumah kecil yg didirikan utk semen­tara (di sawah, di ladang, dll), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); 3. Jk rumah kecil yg tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dll); 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dll); ~ telefon bangunan kecil tempat telefon utk kegunaan orang ramai; memondok menumpang tinggal dan makan; memondokkan 1. memberi tempat menum­pang (di rumah orang dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat me­numpang; pondokan 1. = pemondokan rumah tum­pangan, rumah tempat menginap; 2. tumpang­an, penginapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1 rumah kecil yg didirikan utk kegunaan sementara saja; dangau. 2 rumah (digunakan utk merendah diri apabila bercakap dgn orang). 3 rumah yg tidak berapa sempurna dan biasanya beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pondok (kata nama)
Bersinonim dengan teratak, dangau, gubuk, ran, sudung, sudung-sudung, cungkup, gerogol, sapar, jerumun, telatap, sarudung, pundung, lepau, jambar, rompok, pelampang, sulap.,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. pondok di atas pokok yang berfungsi sebagai tempat buruan.Kalo nak tembok rimo kena buat pakoh.[kA.l nA/ t«m.b/ Äi.m k«.nA bu.wAt pA.kh]Kalau hendak tembak harimau perlu buat pondok di atas pokok.
ebek[E.bE/]kata namapondok atau bilik kecil yang dibuat daripada bahan-bahan terpakai.Bile aku doh tue buat aku ebek.[bi.l« A.ku dh tu.w« bu.wAt A.ku E.bE/]Apabila aku sudah tua buatkan aku pondok kecil.
pundon[pun.don]kata namapondok di dalam dusun yang penggunaannya bersifat sementara.Tok ki tido kat pundon tunggu derian.[to/ ki ti.do kAt pun.don tuN.gu d«.Äi.jAn]Datuk tidur di dalam pundon untuk menunggu durian gugur.

Kembali ke atas