Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.to.ngan] | ڤوتوڠن

Definisi : 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.to.ngan] | ڤوتوڠن

Definisi : 1 hasil drpd memotong; keratan. 2 cara sesuatu benda dipotong: baju ~ Barat. 3 bentuk sesuatu benda: ~ muka. 4 bahagian yg telah dipotong: ~ gaji. 5 jumlah wang (harga) yg dipotong drpd harga penuh (asal): ~ 20%. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
besempulu[b«.s«m.pu.lu]kata adjektifberkenaan sesuatu potongan yang tidak rata.Lante rumoh koi besempulu je, ketam tumpo.[lAnte Äu.mh kj b«.s«m.pu.lu dZ« k«.tAm tum.p]Lantai rumah saya tidak rata kerana ketam tumpul.

Kembali ke atas