Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ta.ra.ta] | رات٢

Definisi : 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah di­ta­burkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umum­nya: keistimewaannya ialah orang-orang bawah­annya ~ segan dan hormat kepada­nya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ta.ra.ta] | رات٢

Definisi : 1 rata benar; sama banyaknya: Selepas tanah itu digemburkan, taburlah baja ini ~. 2 sama semuanya; pukul rata; umumnya: Orang bawahannya ~ segan dan hormat kpdnya. 3 dibahagi sama; pukul rata; hitung panjang: ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi semusim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Labuan tanahnya rata,
     Anak ikan di paya dua;
Jangan takut ibu dan bapa,
     Kalau jodoh kita berdua.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselam rata,
     buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Bermaksud :

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sempuyah[s«m.pu.jAâh]kata adjektifberkenaan permukaan yang tidak rata.Kayu tu sempuyah lagi, kene ketam dulu.[kA.ju tu s«m.pu.jAâh lA.gi k«.n« k«.tAm du.lu]Kayu itu tidak rata lagi, kena ketam dahulu.
begelubi[b«.g«.lu.bi]kata adjektifberkenaan jalan raya, papan dan lain-lain yang tidak rata.Jalan tu begelubi lepaih boh.[dZA.lAn tu b«.g«.lu.bi l«.pAC bh]Jalan itu menjadi tidak rata selepas dilanda banjir.
besempulu[b«.s«m.pu.lu]kata adjektifberkenaan sesuatu potongan yang tidak rata.Lante rumoh koi besempulu je, ketam tumpo.[lAnte Äu.mh kj b«.s«m.pu.lu dZ« k«.tAm tum.p]Lantai rumah saya tidak rata kerana ketam tumpul.
gonggok[goN.go/]kata namaberkenaan rambut atau rumput yang bertompok dan tidak rata akibat daripada guntingan yang tidak sama; gelotot.Rambot jadi gonggok pase tok reti gunteng.[ÄAm.bot dZA.di goN.go/ pA.sE t/ Ä«.ti gun.teN]Rambut menjadi tidak rata kerana tidak pandai mengguntingnya.
gelotot[g«.l.tot]kata adjektifberkenaan rambut atau rumput yang bertompok dan tidak rata akibat daripada guntingan yang tidak sama; gonggok.Rambot jadi gelotot pase tok reti gunteng.[ÄAm.bot dZA.di g«.l.tot pA.sE t/ Ä«.ti gun.teN]Rambut jadi bertompok kerana tidak pandai gunting.
melaroh[m«.lA.čh]kata kerjabuang air besarAdek melaroh merecek sebak saket perok.[A.de/ m«.lA.čh m«.ÄE.tSE/ s«.bA/ sA.ke/ p«.Äo/]Adik buang air besar merata-rata sebab sakit perut.

Kembali ke atas