Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.ko/] | روکوق

Definisi : tembakau yg digulung dlm daun nipah (kertas dll): menghisap ~; ~ daun = ~ nipah = ~ pucuk rokok yg pem­balutnya drpd pucuk enau; ~ keretek Id rokok yg tembakaunya dibubuh cengkih; daun ~ pucuk nipah yg dikeringkan utk pembalut rokok; duit (wang) ~ duit sirih, pemberian, upah; merokok menghisap rokok: ia seorang yg tidak ~ dan tidak minum minuman keras; perokok (orang yg) banyak atau kuat meng­hisap rokok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.ko/] | روکوق

Definisi : sj ikan laut, Pomadasys maculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.ko/] | روکوق

Definisi : tembakau yg digulung dlm kertas dll: Dia tidak menghisap ~. ~ daun rokok yg pembalutnya dibuat drpd pucuk nipah dsb. ~ keretek rokok yg tembakaunya dicampur cengkih dll. merokok menghisap rokok: Orang ramai dilarang ~ di dlm panggung wayang. perokok orang yg banyak menghisap rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rokok

Puisi
 

Hisap rokok di atas batu,
     Keluar di hidung asap apinya;
Jalak berkokok biring tak tahu,
     Tedung pula jaga dirinya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Menguap-nguap bagai ikan kekeringan.

Bermaksud :

Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ngeliseng[N«.li.seN]kata adjektifberkenaan keadaan tidak senang kerana resah-gelisah.Koi nampok dia ngeliseng dalam dewan, pase tok dapat isap rokok.[koj nAm.po/ di.j« N«.li.seN dA.lAm dE.wAn pA.sE t/ dA.pAt i.sAp Äo.k/]Saya nampak dia resah gelisah dalam dewan sebab tidak dapat menghisap rokok.
kupi[ku.pi]kata namabekas daripada logam yang berbentuk kecil (seperti tin sardin, susu, rokok).Periok tu kecik, masak nasik due kupi dah le.[p«.Äi.jo/ tu k«.tSi/ mA.sA/ nA.si/ du.w« ku.pi dAh l«]Periuk itu kecil, masak nasi dua kupi sudahlah.

Kembali ke atas