Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.wa] | ساوا

Definisi : I sj ular yg besar; ular ~ cindai sj ular, Phyton reticulatus; ular ~ katak (batu) sj ular, Phyton curtus; ular ~ rendam sj ular, Phyton molurus; ~ meng-ampai sj ukiran awan larat; apa lagi ~ ia berkehendakkan ayamlah prb orang yg suka mencari barang-barang yg digemarinya; pacat hendak menjadi ~ prb a) orang miskin berlaku spt orang kaya; b) meng-harapkan sesuatu yg bukan-bukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wa] | ساوا

Definisi : Kl tidur selepas makan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wa] | ساوا

Definisi : berbagai-bagai jenis ular yg besar. ular ~ ular besar (yg panjangnya boleh mencapai sehingga 8.5 meter) yg memakan berbagai-bagai jenis burung dan mamalia, Phyton reticulatus. ular ~ katak ular sawa yg pendek (kurang drpd 2.74 meter) berkepala kecil dan runcing ekornya, Phyton curtus. ular ~ rendam (batu) Phyton molurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sawa

Puisi
 

Kulit ular dikata tebal,
     Tebal lagi kulit sawa;
Kalau pujuk makin menyebal,
     Kalau dimarah baru tertawa.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tebante[t«.bAn.te]kata adjektifberkenaan keadaan orang atau haiwan yang terbaring kerana kekenyangan.Ulo sawe tebante lepaeh makan ayam[u.l sA.w« t«.bAn.te l«.pA.eh mA.kAn A.jAm]Ular sawa terbaring kekenyangan selepas makan ayam.

Kembali ke atas