Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lah] | سبله

Definisi : pelbagai jenis ikan laut, sisa nabi, Arnoglossus spp., Pardachirus spp., Samaris spp., Solea spp., dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, a) Pseudorhombus arsius; b) Pseudorhombus javanicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1 sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan; setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2 arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3 tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelah

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyeng[øEN]kata adjektifberkenaan anggota badan yang luka parah atau hancur.Nyeng sebelah badan pon idop lagi.[øEN s«.b«.lAh bA.dAn pon idop lA.gi]Hancur sebelah badan pun masih hidup lagi.
panggong[pAN.goN]kata kerjameletakkan sebelah paha ke atas sesuatu (seperti bantal, kusyen, orang).Adek tak tido lena kalo tak panggong bantal.[A.de/ tA/ ti.do lE.nA kA.lo tA/ pAN.goN bAn.tAl]Adik tidak akan tidur kalau tidak meletakkan sebelah pehanya ke atas bantal.
kuwek[ku.we/]kata kerjamendayung sampan dengan pendayung dikuak keluar.Kalo bedayong sebelah kiri nok gi ke kanan, kena kuwek.[kA.l b«.dA.joN s«.b«.lAh ki.Äi n/ gi k« kA.nAn k«.nA ku.we/]Semasa berdayung sebelah kiri handak ke kanan, kena kuwek.
kabe[kA.be]kata kerjamendayung sampan dengan pendayung ditarik ke dalam.Kalo bedayong sebelah kanan nok gi ke kiri, kena kabe.[kA.l b«.dA.joN s«.b«.lAh kA.nAn no/ gi k« ki.Äi k«.nA kA.be]Kalau berdayung di sebelah kanan hendak pergi ke kiri, perlu kabe.
dengkat[dEN.kAt]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang tidak sempurna kerana kaki yang pendek sebelah.Dia dengkat lepaih jatoh pokok.[di.jA dEN.kAt l«.pAC dZA.toh p.k/]Dia dengkat selepas jatuh daripada pokok.

Kembali ke atas