Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.rang] | سکارڠ

Definisi : waktu atau masa ini (bukan waktu yg telah lalu dan bukan yg akan tiba), kini: kira-kira ini mesti dibuat ~ juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.rang] | سکارڠ

Definisi : waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekarang

Puisi
 

Sungguh tuan selasih tumbuh,
     Zaman sekarang kaduk berbunga;
Dulu tuan kasihnya sungguh,
     Sekarang saya tidak berguna.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Dulu timah,
     sekarang besi.

Bermaksud :

Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(6)

423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(41)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cekut[tS«.kut]kata kerjamencuri.Sekarang ni jangan pecaya ngat, kasut kat masjid pon orang cekut.[s«.kA.ÄAN ni dZA.NAn p«.tSA.jA NAt / kA.sut kAt mAs.dZid pon o.ÄAN tS«.kut]Sekarang ini jangan percaya sangat, kasut di masjid pun orang curi.
rakyat[ÄA/.jAt]kata namaorang asli.Le ni rakyat rame masok universiti.[l« ni ÄA/.jAt rA.mE mA.so/ u.ni.ver.si.ti]Sekarang orang asli ramai yang masuk universiti.
sanging[sA.NiN]kata adjektifberkenaan gigi bawah yang sedikit terkeluar ke hadapan, lawan kepada jongang.Le ni sanging boleh bele.[l« ni sA.NiN b.leh b«.l«]Sekarang ini sanging boleh dibetulkan.
mandi sampat[mAn.di sAm.pAt] upacara mandi untuk kedua-dua mempelai pada hari ketiga sesudah nikah.Le ni tak dek doh orang mandi sampat.[l« ni tA/ de/ dh o.ÄAN mAn.di sAm.pAt]Sekarang tidak ada orang mandi sampat.
congkeh mato[tSN.keh mA.t] sejenis permainan tradisi yang dimainkan oleh dua orang atau lebih dengan menggunakan dua batang kayu.Le ni orang tok tau doh maen congkeh mato[l« ni .ÄAN t/ tAw dh mA.en tSN.keh mA.t]Sekarang ini ramai orang sudah tidak tahu bermain congkeh mata.

Kembali ke atas