Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.lam] | سمالم

Definisi : ® malam I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.lam] | سمالم

Definisi : 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari se­belum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi ber-kelah ke Port Dickson; 4. malam sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di panggung Rex; ~ suntuk sepanjang malam; ~ di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut prb hendaklah kita menurut adat isti­adat negeri yg kita tumpangi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.lam] | سمالم

Definisi : 1 satu malam: Dlm perjalanan saya ke Kota Bharu, saya singgah ~ di Kuantan. 2 hari sebelum hari ini: Mengapa kamu tidak bersekolah ~? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(40)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. rosak.Sapan lalu rumoh koi tibe dek ribok semalam.[sA.pAn lA.lu Äu.moh kj ti.bE de/ Äi.bok s«.mA.lAm]Rosak teruk rumah saya kerana dipukul ribut semalam.
imoi[i.mj]kata adjektifberkenaan tidur yang lasak.Imoi ngat awok tido semalam.[i.mj NAt A.w/ ti.do s«.mA.lAm]Lasak sangat awak tidur semalam.
ngelaco[N«.lA.tS]kata adjektifberkenaan tidur yang lasak.Ngelaco sunggoh deme tido semalam.[N«.lA.tS suN.goh dE.m« ti.d s«.mA.lAm]Lasak sungguh kamu tidur semalam.
mecai[m:«.tSAj]kata kerjamenangkap ikan dalam rumput.Banyok demo dapat ikan mecai semalam?[bA.øo/ dE.m dA.pAt i.kAn m:«.tSAj s«.mA.lAm]Banyakkah awak dapat ikan mecai semalam?
mbeng[mbeN]kata tugasberia-ia atau berselera.Mbeng bebeno koi makan kenuri semalam.[mbeN b«.b«.no kj mA.kAn k«.nu.Äi s«.mA.lAm]Berselera sungguh saya makan nasi kenduri semalam.
pocekpon[p.tSE.pon]kata tugasmengiakan percakapan seseorang.Semalam koi tengok si Milah bejalan dengan laki orang, pocekpon.[s«.mA.lAm kj tE.N si mi.lAh b«.dZA.lAn d«.NAn lA.ki .ÄAN p.tSE.pon]Semalam saya tengok si Milah berjalan dengan suami orang, betullah.
bepoyang[b«.po.jAN]kata kerjamenjampi dgn cara menghembus supaya penyakit sembuh.Semalam man tengok aki bepoyang sampai ke pagi.[s«.mA.lAm mAn te.No/ A.ki b«.po.jAN sAm.pAj k« pA.gi]Semalam saya nampak datuk menjampi sampai ke pagi
aji[A.dZi]kata namaganti nama diri kedua tunggal.Man nampak anak aji panjat pokok semalam.[mAn nAm.pA/ A.nA/ A.dZi pAn.dZAt po.ko/ s«.mA.lAm]Saya nampak anak awak memanjat pokok semalam.
agan[A.gAn]kata tugas1. cadang.Agan nok ikut awok semalam, tapi tok jadi sebab ari ujan.[A.gAn n/ i.kut A.w/ s«.mA.lAm tA.pi t/ dZA.di s«.bAb A.Äi u.dZAnIngatkan hendak ikut awak semalam, tapi tidak jadi sebab hari hujan.
mencepo[m«n.tS«.p]kata kerjamenangkap ikan dengan cara memukul permukaan air dengan pelepah pisang.Semalam koi mencepo, banyok dapat ikan.[s«.mA.lAm kj m«n.tS«.p bA.ø/ dA.pAt i.kAn]Malam semalam saya menangkap ikan, banyak dapat ikan.
12

Kembali ke atas