Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[song.song] | سوڠسوڠ

Definisi : berlawanan (bertentangan) arah; ~ arus belayar bertentangan dgn arah arus; bersongsong berjalan (dll) bertentangan arah, bertembung di jalan (tetapi berlainan arah), berpapasan dgn: pemandu kereta dan penunggang basikal itu ~ di jalan; menyongsong 1. menempuh sesuatu yg ber­tentangan arahnya (ketika belayar menen­tang arus air dll): pelayarannya tiada berapa laju sebab ~ angin barat; menyeberang lautan ~ gelombang; 2. menyambut ke­datangan orang (tetamu dll), mengalu-alukan: budak-budak berkejaran ke pintu jalan ~ bapanya balik dr kerja; 3. melawan (utk membasmi), menentang; 4. menyambut (hari jadi, hari raya, dll) dgn perayaan; 5. mem­bayar ganti rugi, menyilih; 6. memenuhi (harapan dll); 7. mengembalikan wang yg berlebih; 8. pergi (ke), datang: tak malukah abang ~ ke tempat yg lengang sepi ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.song] | سوڠسوڠ

Definisi : ; ~ arus sj ikan laut, betung, selar papan, Caranax malam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.song] | سوڠسوڠ

Definisi : ; ~ arus sj siput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.song] | سوڠسوڠ

Definisi : berlawanan arah. bersong­song berjalan dll ke arah yg berlawanan; berpapasan: Ketika pulang tadi, saya ~ dgn dia di Setapak. menyongsong 1 maju menghadapi atau menempuh sesuatu yg bertentangan arahnya: Be­layar ~ angin. 2 menyambut ke­datangan orang; mengalu-alukan: Ba­nyak pegawai kerajaan yg pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 3 mengembalikan wang yg berlebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
songsong
Kata Terbitan : bersongsong, menyongsong,


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
songsong[sN.sN]kata kerjamenolak sesuatu.Tolong songsong meja tu ke tepi.[to.loN sN.sN mE.dZA tu k« t«.pi]Tolong tolak meja itu ke tepi.

Kembali ke atas