Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.pa.ya] | سوڤايا

Definisi : mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya; agar; hendaknya: Belajarlah kamu ~ tidak kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
supaya (kata tugas)
Bersinonim dengan agar, semoga, moga-moga, hendaknya, mudah-mudahan.,

Puisi
 

Pasang kelambu tepi jendela,
     Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
     Saya memilih yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(33)

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(37)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cucuk laya[tSu.tSu/ lA.jA] kayu penahan supaya atap (zink) jangan turun (bersifat sementara).Cucuk laya tu kene ikat kemaih takot jatoh.[tSu.tSu/ lA.jA tu k«.n« i.kAt k«.mAC tA.kot dZA.toh]Kayu penahan itu mesti diikat supaya tidak jatuh.
tape[tA.p«]kata kerjamemeram sesuatu supaya lembut, manis.Tok manih tapai ni, tok cukop tape agaknye.[t mA.nih tA.pAj ni t tSu.kop tA.p« A.gA.ø«]Tidak manis tapai ini, tidak cukup peram agaknya.
beremban[b«.Ä«m.bAn]kata namapenghadang pintu supaya kanak-kanak tidak boleh keluar masuk dalam rumah atau bilik.Buat beremban kat pintu dapo, tak gi adek jatoh.[bu.wAt b«.Ä«m.bAn kAt pin.tu dA.po tA/ gi A.de/ dZA.toh]Buat penghadang pintu di dapur, tidak lagi adik jatuh.
bepoyang[b«.po.jAN]kata kerjamenjampi dgn cara menghembus supaya penyakit sembuh.Semalam man tengok aki bepoyang sampai ke pagi.[s«.mA.lAm mAn te.No/ A.ki b«.po.jAN sAm.pAj k« pA.gi]Semalam saya nampak datuk menjampi sampai ke pagi
tiang dehake[ti.jAN d«.hA.k«] tanah dalam liang kubur yang ditarah supaya membentuk tempat memijak.Tiang dehake bio teba siket baru tok runtoh.[ti.jAN d«.hA.k« bi.j t«.bA si.ket bA.Äu to/ Äun.toh]Tiang dehake biarlah tebal sikit, baru tidak runtuh.
kekepak[k«.k«.pA/]kata namasejenis alat yang digunakan untuk menghalau binatang. Diperbuat daripada buluh 4 ruas yang diketuk bahagian hujung supaya tidak pecah bila dibelah dan digantung pada dahan pokok.Wek buat kekepak nok halau burong makan padi.[wE/ bu.wAt k«.k«.pA/ n/ hA.lAw bu.ÄoN mA.kAn pA.di]Nenek membuat kekapak untuk menghalau burung daripada makan padi.
   2. memberitahu, memesan.Mok gelo ke koi ajok aji ke rumoh.[m/ g«.l k« kj A.dZ/ A.dZi k« Äu.mh]Emak memesan kepada saya supaya mengajak awak ke rumah.
cengko[tS«N.k]kata adjektifberkenaan tali yang tegang.Awok tarek tali bio cengko.[A.w/ tA.Äe/ tA.li bi.j tS«N.k]Awak tarik tali supaya tegang.
molo[m.l]kata namabalang kaca.Simpan biskut dalam molo, kang masok angeng.[sim.pAn bis.kut dA.lAm m.l kAN mA.s/ A.NeN]Simpan biskut di dalam balang, supaya tidak masuk angin.
halkah[hAl.kAh]kata namaperalatan untuk memulakan sesuatu pekerjaan.Tok ngulu suroh siap halkah sebelom bedera.[to/ Nu.lu su.Äoh si.jAp hAl.kAh s«.b«.lom b«.d«.ÄA]Tok penghulu berpesan supaya menyiapkan peralatan sebelum bergotong-royong.
12

Kembali ke atas