[ta.pai] | تاڤاي
Definisi : sj penganan yg dibuat drpd beras pulut (ubi kayu dll) yg dimasak dan dicampur ragi; rosak ~ kerana ragi prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak cukup hati-hati itu jaranglah jadi sempurna;menapai 1. membuat tapai; 2. membubuh ragi, meragi;penapaian 1. = petapaian sj periuk besar tempat membuat tapai; 2. (Kim) penguraian benda organik oleh hidupan halus (spt kuman dan ragi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.pai] | تاڤاي
Definisi : tapaian ark tempayan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.pai] | تاڤاي
Definisi : ark; kucing ~ kelinci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.pai] | تاڤاي
Definisi : penganan yg dibuat drpd beras pulut atau ubi kayu dsb yg dimasak dan dicampur ragi. menapai membuat tapai. penapaian 1 perbuatan atau proses membuat tapai. 2 ist tindak balas kimia yg melibatkan penguraian molekul organik oleh sesuatu bahan spt ragi (kulat, enzim) menjadi bahan yg lebih ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)