Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ngo/] | تيڠوق

Definisi : (téngok); tengok-tengok tiba-tiba, tut-tut, tup-tup;menengok 1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan pe­rang­kap; 2. melihat pertunjukan dll, menon­ton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia;tertengok menengok (melihat) dgn tidak sengaja: kalau Cikgu Hamidah ~ lukisanmu itu, macam mana? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ngo/] | تيڠوق

Definisi : /téngok/; menengok 1 melihat sesuatu pertunjukan dll; menonton: Dia mengajak saya pergi ~ wayang gambar di pekan. 2 pergi melihat orang yg sedang sakit; melawat; menziarahi: Hari-hari dia pergi ~ adiknya yg sedang sakit di hospital. 3 pergi melihat utk mengetahui keadaan sesuatu: Dia pergi ke sawah ~ padinya. 4 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menilik; meramalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengok
Kata Terbitan : menengok, tertengok,

Puisi
 

Anak Kini turun Kuantan,
     Tengok anak Kandi berdiri;
Sungguh saya anak dagang,
     Di manakah tempat mengundur diri.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Tengok jenguk pandang-pandang,
     jangan sampai landak ditendang!

Bermaksud :

Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
licin menyanyo[li.tSiN m«.øA.ø] berkenaan keadaan sesuatu yang berkilat.Ce tengok kulet die, licin menyanyo.[tS« tE.No/ ku.let di.j« li.tSiN m«.øA.ø]Cuba tengok kulitnya, licin berkilat.
nyentat[ø«n.tAt]kata adjektifberkenaan kelakuan seseorang yang mengada-ngada.Budok ni, lagi koi tengok, lagi nyentat.[bu.d/ ni lA.gi koj tE.No/ lA.gi ø«n.tAt]Budak ni, lagi saya tengok, lagi mengada-ngada.
kecapi[k«.tSA.pi]kata adjektifberkenaan pergerakan tangan yang sangat cepat.Koi kenan beno tengok wek ngayam, kecapi ngat.[koj k«.nAn b«.no tE.No/ wE/ NA.jAm k«.tSA.pi NAt]Saya suka benar tengok nenek mengayam, cepat sangat.
pocekpon[p.tSE.pon]kata tugasmengiakan percakapan seseorang.Semalam koi tengok si Milah bejalan dengan laki orang, pocekpon.[s«.mA.lAm kj tE.N si mi.lAh b«.dZA.lAn d«.NAn lA.ki .ÄAN p.tSE.pon]Semalam saya tengok si Milah berjalan dengan suami orang, betullah.
getan[g«.tAn]kata adjektifgeram.Getan man tengok budok tok, mengade-ngade.[g«.tAn mAn tE.N/ bu.d/ to/ m«.NA.d«.NA.d«]Geram saya melihat budak itu, mengada-ngada.
tekancu[t«.kAn.tSu]kata kerjatergamam.Koi tekancu tengok bende itam melintah.[kj t«.kAn.tSu tE.N b«n.d« i.tAm m«.lin.tAC]Saya tergamam apabila melihat lembaga hitam melintas.
   2. berkenaan rasa benci apabila melihat seseorang.Koi toye ngat tengok muke Abang Den.[kj t.j« NAt tE.N mu.k« A.bAN den]Saya benci sangat melihat muka Abang Din.
ralek[ÄA.le/]kata adjektifasyik, leka.Orang puteh tu ralek tengok orang besanding.[.ÄAN pu.teh tu ÄA.le/ tE.No/ .ÄAN b«.sAn.diN]Orang Inggeris itu asyik melihat orang bersanding.
cukang[tSu.kAN]kata adjektiftanda pangkah.Esok ayah tok nok tengok buku ni banyak cukang.[E.so/ A.jAh t/ n/ tE.N/ bu.ku ni bA.øA/ tSu.kAN]Nanti ayah tidak mahu melihat buku sekolah ini banyak tanda pangkah.
selepot[s«.lE.pot]kata kerjaduduk dengan tidak bergerak-gerak.Adek selepot tengok mok buat kue.[A.de s«.lE.pot tE.N m bu.wAt ku.we]Adik selepot melihat emak membuat kuih
12

Kembali ke atas