Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.was] | تيواس

Definisi : (téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2. gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah ~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, keku­rang­an (dlm ilmu dll): baiklah hamba pergi ber­guru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pd ilmu penjurit; menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertem­puran), mematikan; ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.was] | تيواس

Definisi : /téwas/ 1 tidak menang; kalah (dlm permainan dll): Pasukan sekolahnya telah ~ dlm pertandingan badminton antara sekolah-sekolah. 2 terkorban (dlm peperangan dll); mati: Askar-askar itu ~ dlm peperangan. menewaskan 1 mengalahkan lawan dlm pertandingan dll; menundukkan: Dia telah berjaya ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 membunuh musuh dlm peperangan dll; mematikan. ketewasan 1 keadaan atau hal tewas; kekalahan. 2 kecelakaan; bencana. 3 telah ditewaskan; kalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tewas (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kalah: tumpas, kecundang, gagal, kandas,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan gugur: mati, terkorban,

Kata Terbitan : menewaskan, ketewasan,


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mepeh[mE.pEh]kata adjektifberkenaan seseorang atau haiwan yang kelihatan lemah kerana kalah atau tewas dalam sesuatu perlawanan.Ayam jantan doh mepeh lepaih belage.[A.jAm dZAn.tAn dh mE.pEh l«.pAih b«.lA.g«]ayam jantan itu sudah sudah kelihatan lemah selepas berlaga.

Kembali ke atas