Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
serome[s«.č.m«]kata adjektifberkenaan tingkah laku yang sopan.Ce serome siket perange tu, awok tu anok dare.[tS« s«.č.m« si.ket p«.ÄA.NE tu A.w tu A.n dA.Ä«]Cuba seroma sikit perangai tu, awak itu anak dara.
sambang[sAm.bAN]kata namabenih yang rosak.Biji kacang tu agaknye sambang, pase tu tak idop.[bi.dZi kA.tSAN tu A.gA/.ø« sAm.bAN pA.sE tu tA/ i.dop]Biji kacang itu agaknya sambang, sebab itu tidak tumbuh.
akukan[A.ku.kAn] memberi pengakuan hak milik ternakan kepada orang lain. Selalunya bertujuan untuk membiakkan binatang ternakan. Orang yang dilakukan itu selalunya serasi bagi tujuan itu.Sejak mak akukan ayam tu kat adek, baru ayam tu biok.[s«.dZA/ mA/ A.ku.kAn A.jAm tu kAt A.de/ bA.Äu A.jAm tu bi.j/]Setelah emak akukan ayam itu kepada adik, barulah ayam itu membiak.
rok[č/]kata kerjamenghiris nipis.Rok dulu bawang tu baru tumeh.[č/ du.lu bA.wAN tu bA.Äu tu.meh]Hiris nipis-nipis dahulu bawang itu baru tumis.
ngondeng[Nn.deN]kata kerjamengekori sesuatu (berkenaan orang dan haiwan).Amboi, kuceng tu ngondeng tuannye.[Am.boj ku.dZeN tu Nn.deN tu.wAn.ø«]Amboi, kucing itu mengekori tuannya!
keri[k«.Äi]kata adjektif1. berkenaan sesuatu yang menjadi keras.Ikan tu dah keri kene ae batu.[i.kAn tu dAh k«.Äi k«.n« Ae bA.tu]Ikan itu sudah keras terkena air batu.
gegumbe[g«.gum.b«]kata namabahagian pangkal tiang rumah yang agak besar sedikit daripada tiang.Gegumbe tu biyo beso siket, baru kuat tiang tu.[g«.gum.b« tu bi.j b«.s si.ket bA.Äu ku.wAt ti.jAN tu]Pangkal tiang rumah itu biar besar sedikit, barulah kuat tiang itu.
lehet[lE.hEt]kata adjektifberkenaan rasa ubi-ubian atau sayur (rebung, labu, kundur) yang telah dimasak kerana keadaannya lembut dan gebu.Labu tu tok tua lagi, tok lehet buat sayo.[lA.bu tu t/ tu.wA lA.gi t/ lE.hEt bu.wAt sA.jo]Labu itu belum cukup tua, tidak sedap dibuat sayur.
luti[lu.ti]kata adjektiflumat.Tumbok bio luti kacang tu.[tum.bo/ bi lu.ti kA.tSAN tu]umbuk kacang itu sampai lumat.
mole[m.lE]kata kerjapengsan.Denan tu senalo mole.[d«.nAn tu s«.nA.l m.lE]Adnan itu selalu pengsan.
12345678910...

Kembali ke atas