Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.gu] | توڠݢو

Definisi : bp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti; bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan; menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anak­nya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; ~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll); menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu di-suruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk menarik nafas; penunggu 1. orang yg menunggu (menga­wal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah ber­ubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku ber-jumpa hantu syaitan atau puaka ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gu] | توڠݢو

Definisi : ; burung ~ taman sj burung, Terpsiphone incii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gu] | توڠݢو

Definisi : Mn; menunggu 1. meminta kembali (barang yg telah diberikan dll); 2. meminta supaya dijelaskan hutang, menagih; 3. menuntut (janji). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gu] | توڠݢو

Definisi : ; bertunggu sedang menjaga; berjaga; berkawal. menunggu 1 men­jaga supaya selamat (ttg rumah, orang sakit dll): Sudah dua malam ia tidak tidur kerana ~ anaknya yg sakit itu. 2 menanti ketibaan sesuatu (spt tetamu, kereta api): Sudah lama ia ~ kereta api tetapi belum juga sampai. ~ masa menanti hingga tiba masanya. 3 mendiami atau menduduki sesuatu tempat: Sudah lima tahun ia ~ pondok itu. menunggu-nunggu sentiasa menunggu; lama menunggu: Ia masih ~ kepulangan suaminya. menunggukan 1 menjaga atau mengawal sesuatu utk orang lain. 2 menunggu sesuatu yg akan terjadi; menantikan sesuatu. tertunggu-tung­gu dlm keadaan me­nunggu-nunggu. penungguan perbuatan atau hal me­nunggu; penantian. penunggu 1 orang yg menunggu, mengawal dsb; pengawal; penjaga. 2 orang yg menunggu atau yg menanti utk menyambut kedatangan tetamu dll. 3 orang yg mendiami atau yg menghuni sesuatu tempat. 4 hantu atau puaka yg kononnya menunggu (mendiami) sesuatu tempat: Pokok besar itu dikatakan ada ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tetak buluh berdepa-depa,
     Cicak racit di dalam padi;
Orang tunggu terketa-keta,
     Dia nak cantik sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(19)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
keseng II[k«.seN]kata adjektif1. berkenaan makanan, kayu yang kering atau rapuhNok baka peron tu kene tunggu keseng beto.[n/ bA.kA p«.Äon tu k«.n« tuN.gu k«.seN b«.to]Kalau hendak membakar perun itu perlu tunggu keseng betul.
berang-berang[b«.ÄAN.b«.ÄAN]kata adjektifberkenaan buah-buahan yang bertukar warna kerana hampir masak.Jangan ambek, buoh tu baru berang-berang, tunggu sampe masok.[dZA.NAn Am.be/ bu.wh tu bA.Äu b«.ÄAN.b«.ÄAN tuN.gu sAm.pE mA.s/]Jangan ambil, buah itu baru berang-berang, tunggu sampai masak.
kohot[k.hot]kata adjektiflenguh.Koi kohot diri lame tunggu baih.[koj k.hot di.Äi lA.m« tuN.gu bAC]Saya lenguh berdiri lama menunggu bas.
tikai[ti.kAj]kata adjektifberkenaan kesuntukan masa.Koi tok leh tunggu awok, doh tikai ngat nok masok perekso.[koj to/ leh tuN.gu A.w/ dh ti.kAj NAt n/ mA.so/ p«.Äe/.s]Saya tidak boleh menunggu awak, sudah kesuntukan masa untuk masuk periksa.
pundon[pun.don]kata namapondok di dalam dusun yang penggunaannya bersifat sementara.Tok ki tido kat pundon tunggu derian.[to/ ki ti.do kAt pun.don tuN.gu d«.Äi.jAn]Datuk tidur di dalam pundon untuk menunggu durian gugur.

Kembali ke atas