Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.rus] | توروس

Definisi : 1. tiang drpd kayu dll (utk mengukuhkan pagar, belat, dll), tonggak: dicabutnya ~ pagar yg terpacak itu; 2. kayu atau buluh yg digunakan utk penjalaran kacang (sirih dll), junjungan; 3. = ~ negeri sl pembesar negeri (penghulu dll), pasak negeri: betapa peri aku memecat Pateh Aria Gajah Mada ini? Suatu pun tiada salahnya kpd aku, lagi ia penaka ~ bumi Majapahit; ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ kumpulan pegawai kanan (dlm tentera) yg membantu pegawai pemerintahnya; ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat; ~ dayung kayu yg dipasang tegak tempat meletakkan dayung (pd perahu dll); ~ empang tiang yg menahan empang (supaya jangan runtuh); menurus tegak spt turus; menuruskan sl mengikatkan seseorang pd turus (sbg hukuman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.rus] | توروس

Definisi : 1 tiang drpd kayu dll utk mengu­kuhkan sesuatu. 2 kayu atau buluh tempat kacang, sirih dll melilit; junjung. 3 pegawai-pegawai kanan tentera yg mengurus hal-hal perancangan dsb: ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ pegawai tentera yg membantu pegawai peme­rintahnya. ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat. ~ empang tiang yg menahan empang supaya kukuh. ~ tulang belakang rentetan tulang belakang yg menyangga badan dan di dlmnya terdapat saraf tunjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turus (kata nama)
1. Bersinonim dengan tiang: tonggak, turas,

2. Bersinonim dengan turus negeri, pembesar negeri, pasak negeri.,



Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tembe I[t«m.b«]kata namaturus pagar.Kayu kurau tu elok buat tembe.[kA.ju ku.ÄAw tu E.lo/ bu.wAt t«m.b«]Kayu kurau itu sesuai untuk dibuat turus pagar.

Kembali ke atas