Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lat] | اولت

Definisi : 1. sj binatang kecil yg umumnya lembut dan banyak kakinya (akan menjelma menjadi kepompong dan seterusnya kupu-kupu); 2. segala macam anak serangga yg masih lembut badannya (spt berenga, lundi, dll); macam ~ ki terlalu banyak (bkn orang yg berhimpun di sesuatu tempat dsb); 3. (Komp) sj atur cara yg memadamkan data drpd ingatan komputer secara perlahan-lahan; ~ bulu a) ulat yg berbulu badannya; b) orang (lelaki) yg gatal; ~ bulu laut sj ulat yg diguna-kan utk racun, Chloeria flava; ~ daun sj ulat yg memakan daun-daunan; ~ gading = ~ layar sj ulat yg merosakkan batang padi; ~ kecar lotong sj ulat, Atopos maximus; ~ ratus sj ulat yg memakan daun dan batang padi, Spodoptera spp.; ~ sutera sj ulat yg mengeluar-kan benang utk dijadikan sutera, Bombyx mori; bagai ~ nangka terhempas ke batu prb orang yg jahat itu tidak berasa serik oleh kesusahan drpd kejahatannya; bagai melihat ~ prb sangat benci (meluat) melihat sesuatu; korek lubang ~ prb sengaja mencari perselisihan; menggeletik-geletik bagai ~ nangka = menggeletik-geletik bagai ~ cempedak = terloncat-loncat bagai ~ pinang prb a) orang yg gelisah; b) perangai yg tidak tetap dan tidak sungguh ketika duduk (berjalan); c) anak gadis yg lincah perangainya; berulat ada ulat(nya), buruk (rosak) kerana dimakan ulat: buah yg manis itu acapkali ~; ~ mata melihat prb sangat benci atau meluat melihat sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lat] | اولت

Definisi : ® ulet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lat] | اولت

Definisi : berbagai-bagai jenis binatang kecil yg banyak kakinya serta lembut badannya dan akan menjelma menjadi kupu-kupu; berbagai-bagai jenis anak serangga yg masih lembut badannya (spt berenga, lundi). ~ bulu ulat yg berbulu badannya. ~ daun ulat yg suka memakan daun. ~ gonggok ulat spt lipan tetapi banyak kakinya dan mudah bergelung jika disentuh, Trigoniulus lumbricinus. ~ inti daun ulat halus yg memakan tisu daun dan menyebabkan daun menjadi bertompok-tompok perang. ~ sutera ulat yg mengeluarkan benang utk dijadikan sutera, Bombyx mori. ~ tanah ulat spt cacing yg berwarna kelabu kehitam-hitaman dan kelihatan spt berlilin (sering merosakkan tanam-tanaman). berulat busuk atau buruk kerana terdapat ulat di dlmnya (bkn buah-buahan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulat (kata nama)
Bersinonim dengan berengga, olong-olong, larva, beluncas, ulat bulu;,
Kata Terbitan : berulat,

Puisi
 

Sakit gigi dimakan ulat,
     Tinggal sebatang dua batang;
Tuan benci aku meluat,
     Tuan kasih aku sayang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Ulat dalam batu pun hidup juga.

Bermaksud :

Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
belalang gambo[b«.lA.lAN gAm.b] sejenis belalang sebesar ibu kaki, berwarna hijau dan makan ulat-ulat halus serta daun keladi.   
ulat mentadu[u.lA/ m«n.tA.du] sejenis ulat berwarna hitam, berbelang dan bersesungut.   
setik ulak[s«.ti/ u.lA/] getah yang disirat membentuk ulat yang dijadikan gundu dalam permainan getah gelung.Abang lastik cicok gune setik ulak.[A.bAN lAs.ti/ tSi.tS/ gu.n« s«.ti/ u.lA/]Abang lastik cicak mengguna setik ular.
burong laloh[bu.ÄoN lA.lh] sejenis burung yang bermuncung kuning dan mempunyai lilin. Berbulu hitam dan di bawah kepaknya berwarna putih. Saiznya sebesar ayam. Makan ulat dalam kayu dan bersarang di dalam kayu.   

Kembali ke atas