Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.jah] | واجه

Definisi : 1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keada­an luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan; berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mem­punyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia; mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.jah] | واجه

Definisi : air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: “Apakah benar kalian berani kerana benar?” tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajah (kata nama)
1. Bersinonim dengan muka: paras, rupa, roman muka, tampang muka, bentuk muka, raut muka, air muka,

2. Bersinonim dengan keadaan luaran: rupa, bentuk.,


Puisi
 

Sampan kolek di Pulau Jemaja,
     Pulau Sibu tempat bayangan;
Wajah yang molek ditatap saja,
     Hati yang satu digadai jangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Serupa bulan penuh.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
toleng[t.lEN]kata adjektifberkenaan rupa seseorang yang mirip dengan seseorang lain.Muke ayoh toleng muke tok ki.[mu.k« A.jh t.lEN mu.k« to ki]Wajah ayah mirip wajah datuk.
kibik[ki.bi/]kata adjektifberkenaan wajah yang hampir menangis.Budak tu kene maroh cekgu, kibik muke.[bu.dA/ tu k«.n« mA.čh tSE/.gu ki.bi/ mu.k«]Budak itu dimarahi guru, kibik mukanya.
toye[t.j«]kata adjektif1. berkenaan wajah yang tidak menampakkan ketokohan.Muke toye aje macam mana nok jadi ketua.[mu.k« t.j« A.dZ« mA.tSAm mA.nA n dZA.di k«.tu.w«]Muka toye sahaja macam mana hendak jadi ketua.
berenyut[b«.Ä«.øut]kata adjektifberkenaan wajah yang marah.Mat Jah berenyut bile jumpa madunye.[mAt dZAh b«.Ä«.øut bi.l« dZum.pA mA.du.ø«]Muka Mak Jah nampak marah apabila bertemu madunya.

Kembali ke atas