KARBIN | Karbin ialah senapang yang pendek dan ringan. Beratnya kira-kira 3.2 kilogram, atau kira-kira 1.4 kilogram kurang daripada berat sepucuk senapang biasa. | UMUM | |
ZIRAFAH | Zirafah ialah haiwan yang tertinggi daripada kesemua haiwan. Zirafah jantan mungkin membesar lebih daripada 5.5 meter tingginya – 1.5 meter lebih tinggi daripada gajah Afrika, haiwan yang kedua tertinggi. | UMUM | |
PADI LIAR | =5>Padi liar ialah butir bijirin yang tumbuh pada =5>rumput akuatik, berkaitan dengan padi. Tangkai padi =5>liar tumbuh dari 1.2 meter hingga 2.4 meter tingginya. | UMUM | |
DIMENSI KEEMPAT | Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang, lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4, 2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang– contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang. Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang sedang dalam penerbangan pada kedudukan tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi keempat, iaitu masa. | UMUM | |
DIDGERIDOO | Didgeridoo ialah sejenis alat muzik yang digunakan oleh Orang Asli Australia di utara Australia dalam upacara keagamaan. Kebanyakan alat ini panjangnya lebih kurang 1.5 meter tetapi ada juga yang panjangnya 3 hingga 4.5 meter. | UMUM | |
KALA JENGKING WHIP | Kala jengking whip ialah nama bagi kira-kira 75 spesies haiwan bak kala jengking. Kebanyakannya berwarna merah tua dan mempunyai badan leper memanjang dari 1.8 hingga 6.5 sentimeter. | UMUM | |
KUPU-KUPU MAHARAJA | =5>Kupu-kupu maharaja ialah kupu-kupu =5>Eropah yang hidup di kawasan heath. Yang jantan =5>lebih kecil daripada yang betina, dengan bukaan =5>sayapnya berukuran 6.8 sentimeter berbanding =5>dengan bukaan sayap kupu-kupu betina 7.8 =5>sentimeter. | UMUM | |
ADJUTAN | Adjutan ialah nama dua spesies burung besar dalam famili burung botak. Adjutan terdapat di India dan Asia Tenggara. Adjutan besar tingginya kira-kira 1.5 meter, dan adjutan kecil setinggi sehingga 1.2 meter. Kedua-dua spesies burung ini mempunyai badan berwarna putih, dan bahagian belakang dan sayapnya berwarna kelabu tua. | UMUM | |
PASIR | =5>Pasir ialah kumpulan butir pasir atau galian kecil =5>yang peroi serta lebih kasar daripada kelodak atau =5>tanah liat. Ia juga lebih kecil daripada kelikir. Ahli- =5>ahli sains mentakrifkan pasir sebagai butir dengan =5>diameternya berukuran dari 0.06 mm hingga =5>2.1 mm. | UMUM | |
KOWLOON | =5>Kowloon (pend. 799 123), juga dikenali sebagai =5>Jiulong atau Chiulung, dan New Kowloon (pend. =5>1 651 064) merupakan sebahagian daripada =5>kawasan perbandaran yang besar di Hong Kong, =5>yang sebelum ini ialah wilayah tanggungan United =5>Kingdom. | UMUM | |