Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : BATU PAHAT

Tesaurus
 
pahat (kata nama)
Bersinonim dengan gang, gogol, tatah;,
Kata Terbitan : berpahat, memahat, pahatan, pemahat,

Puisi
 

Batu Pahat Simpang Empat,
     Satu simpang ke Tanjung Melaka;
Sudah kutilik dalam makrifat,
     Tuan seorang menjadi puja.


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BATU PAHAT

BATU PAHAT, sebuah daerah di Johor yang telah wujud sebagai satu kawasan petempatan sejak zaman Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
CANDI BUKIT BATU PAHAT

CANDI BUKIT BATU PAHAT, monumen berusia lebih daripada 1000 tahun mengikut takrif Akta Bendapurba 1976, terletak di Lembah Bujang, Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
SYED NASIR ISMAIL, TUN

Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh

bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan

awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat,

Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di

Government English School, Batu Pahat dan lulus

Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah

menamatkan pelajaran pada peringkat menengah,

dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus

Penolong Nazir sekolah-sekolah.

UMUM 
KHADIJAH HASHIMKHADIJAH HASHIM  (1945 -     ), novelis. Dia lahir di Batu Pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah berpengantar Melayu dan Inggeris di Batu Pahat. Semenjak di bangku sekolah, Khadijah mempunyai kebolehan dalam lapangan syarahan dan bahasa, dan mempunyai minat mendalam dalam pelajaran bahasa dan sastera.SASTERATokoh
MALEK NOOR

Malek Noor (1954– ), ahli bina badan. Dia lahir

pada 13 November 1954 di Batu Pahat, Johor.

Dengan ketinggian 1.67 meter dengan berat

badan 220 hingga 230 paun, bekas pegawai polis

ini telah mencatat banyak kejayaan buat negara

dalam sukan bina badan.

UMUM 
SYED NASIR ISMAIL, TUN

SYED NASIR ISMAIL, Tun, (1921-1982), tokoh bahasa dan ahli politik. Beliau lahir pada 7 Mac 1921 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat. Kemudian, beliau memasuki Government English School Batu Pahat hingga lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1938.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LOKMAN MUSA

LOKMAN MUSA, Datuk (1926–       ), tokoh pendidikan. Dia lahir di Pontian, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Pontian dan di Sekolah Melayu Bandar Penggaram, Batu Pahat, Johor. Pendidikan menengah Lokman di Sekolah Inggeris Kerajaan, Batu Pahat dan di English College, Johor Bahru. Kemudian dia menjalani latihan perguruan di Pusat Latihan Perguruan Normal, Batu Pahat. Lokman melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura; Universiti of Sussex, United Kingdom dan Harvard University, Amerika Syarikat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
FARID M. ONN

FARID M. ONN (1939 -          ), ahli bahasa. Dia lahir pada 7 Mei 1939 di batu pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pintas Raya, Batu Pahat (1946), Sekolah Melayu Pintas Puding, Batu Pahat (1948), Sekolah Melayu bandar Kluang (1949) dan Sekolah  Melayu Tanjung Semberung (1950). Pada tahun  1951, dia melanjutkan pelajarannya ke Singapura, iaitu di Sekolah Melayu Geylang dan kemudian di Tanjung Rhu English Primary School hingga tamat pada tahun 1954. Farid memperoleh pendidikan menengah di Raffles Institution, Singapura hingga lulus Cambridge School Certificate (1958) dan Higher School Certificate (1960).

BAHASATokoh
ZAHARAH NAWAWIZAHARAH NAWAWI (1940-    ), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1940 di Kampung Parit Raja, Batu Pahat, Johor.  Nama penuhnya ialah Zaharah binti Haji Nawi.  Dia menggunakan nama samaran seperti I.M., Iman Murni, Pena Mutiara, Zahni Batu Pahat, Zahni Malaya, Sutera Dewangga dan Julai Isytihar dala  penulisnya.SASTERATokoh
KASMANI HAJI ARIF

KASMANI HAJI ARIF,  (1919-1941), penulis cerpen dan sajak. Dia lahir di Batu Pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Mampan, Batu Pahat hingga tamat Darjah Empat, pada tahun 1929. Pada tahun 1930, dia diterima menjadi guru dan pada tahun 1931, dia lulus peperiksaan untuk memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim (1932). Setelah tamat pengajian di MPSI (1934), dia ditugaskan mengajar di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Johor.

SASTERATokoh
123

Kembali ke atas