Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lombong (kata nama)
Bersinonim dengan tambang, makdan, korok, kolong, tembusan;,
Kata Terbitan : melombong, perlombongan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAVAGE

Savage ialah sebatang sungai di pergunungan

barat laut Tasmania, Australia. Di sinilah terletaknya

lombong bijih besi yang mengeluarkan hasil

secara besar-besaran. Bijih besi gred rendah yang

dikenali sebagai magnetit dikeluarkan daripada

lombong dedah berhampiran sungai. Magnetit itu

ditumbuk menjadi debu, dan zarah besi

dikeluarkan daripadanya dengan menggunakan

magnet. Air ditambah dan sluri dipam sejauh 87

kilometer melalui saluran paip ke Port Latta. Di situ,

bijih besi dibentuk menjadi penabur yang

diameternya kira-kira satu sentimeter, dan

dikeraskan melalui proses pemanasan. Hampir

2 286 000 tan metrik penabur dipunggah setiap

tahun ke dalam kontena besar untuk dieksport ke

Jepun.

UMUM 
METANAMetana ialah sebatian penting industri yang
membentuk sebahagian besar gas asli. Ia terbentuk
apabila tumbuh-tumbuhan mengurai pada
persekitaran yang mengandungi sangat sedikit air.
Metana kerap dikenali sebagai gas rawang kerana ia
terdapat di kawasan air bertakung atau paya. Ia juga
merupakan kandungan utama gas arang batu, iaitu
gas yang menyebabkan berlakunya letupan besar di
dalam lombong arang batu.
UMUMDisiplin Ilmu
ARKANSAS

Arkansas ialah negeri yang terletak di Selatan

Amerika Syarikat. Little Rock ialah ibu negeri dan

bandar raya terbesar. Ramai pelancong melawat

mata air mineral panas Arkansas terutamanya

Mammoth Spring dan Hot Springs. Satu-satunya

lombong berlian yang beroperasi di Amerika

Syarikat terletak berhampiran Murfreesboro.

UMUM 
NEWCOMEN, THOMAS

Newcomen, Thomas (1663–1729) ialah pereka

Inggeris, yang mencipta enjin stim yang pertama

secara komersial dengan jayanya pada tahun 1712.

Enjin stimnya digunakan dengan meluas di Eropah

dan di seluruh wilayah perlombongan batu arang

Great Britain untuk mengeluarkan air dari

lombong. Enjin stim ini terus popular selama lebih

daripada 60 tahun sehingga jurutera Scotland,

James Watt menghasilkan enjin stim yang telah

banyak diperbaik.

UMUM 
BRIDGEWATER, DUKE OF

Bridgewater, Duke of (1736–1803) ialah

pelopor pelayaran terusan di Britain. Pada

tahun 1759, dia menggaji James Brindley untuk

membina terusan yang menghubungkan lombong

batu arangnya di Wonsley dengan Manchester.

Terusan ini adalah yang pertama di Britain yang

tidak bergantung pada jalan air semula jadi.

Bridgewater menumpukan kehidupannya untuk

membangunkan terusan dan lombong batu arang.

Lihat juga Terusan.

UMUM 

Kembali ke atas