Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pekak sebentar kerana kena tampar dll; 2. bingung, teringa-inga (kerana sakit dll): kepala saya masih ~ lagi; 3. tidak mendengar kata orang, keras kepala; 4. Jk nakal, jahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 berasa pekak sebentar kerana ditampar. 2 tidak dpt berfikir atau berasa bingung kerana sakit dsb. 3 ki tidak mahu mendengar nasihat; keras kepala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMANG

SEMANG,  suku kaum Orang Asli  yang terdapat di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.  Masyarakat Semang juga terdapat di Filipina hingga ke Kepulauan Andaman di Teluk Bengal, selatan Myanmar, pedalaman Sumatera dan Sulawesi.  Istilah Semang digunakan oleh orang Melayu bagi merujuk kepada Orang Negrito yang hidup memburu dan memungut hasil hutan di Semenanjung Malaysia.  Di Selatan Thailand, orang Semang juga dikenal sebagai ‘Tonga’ atau ‘Mos’.  Manakala di Kelantan, masyarakat ini dikenal sebagai ‘Pangan’.  Namun, kedua-dua istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan istilah Negrito. 

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas