MANDARIN | Mandarin, orang yang berbahasa Inggeris akan menggunakan nama Mandarin untuk pegawai tentera atau pegawai tinggi kerajaan dalam Empayar China. | UMUM | |
SALJUK | Saljuk ialah anggota keluarga yang memerintah penduduk berbahasa Turki. Mereka menguasai sebahagian besar daripada bahagian barat daya Asia dari pertengahan tahun 1000-an hingga pertengahan tahun 1200-an. Mereka berasal dari sebagai Turkistan dan telah dinamakan Saljuk, sempena nama pemimpin pertama mereka. Kaum Saljuk juga merupakan salah satu daripada penduduk pertama berketurunan Turki yang memerintah Asia Kecil (kini Turki). | UMUM | |
ORANG TATAR | Orang Tatar ialah penduduk Eropah dan Asia yang berbahasa Turkik. Kebanyakan orang Tatar tinggal di bahagian tengah dan selatan Rusia, dan di Bulgaria, China, Kazakhstan, Romania, Turki, dan Uzbekistan. Orang Tatar ialah bangsa Turki, dan mereka berkait rapat dengan orang Turki. | UMUM | |
PRESBYTERIAN | Presbyterian membentuk kumpulan mazhab Protestan yang besar di negara-negara berbahasa Inggeris. Di luar negara-negara ini kebanyakan gereja mazhab ini dikenali sebagai Reformasi – misalnya, Gereja Reformasi Belanda. Satu cogan kata gereja ini ialah semper reformanda (sentiasa direformasi). Lebih kurang 100 mazhab menjadi ahli Gereja Reformasi Perikatan Dunia. | UMUM | |
ELA | Ela ialah unit panjang dalam sistem ukuran imperial yang digunakan di negara-negara berbahasa Inggeris sebelum sistem metrik diperkenalkan. | UMUM | |
ANDERSON, DAME JUDITH | Anderson, Dame Judith (1836–1917), dianggap sebagai salah seorang pelakon wanita yang paling berjaya dalam teater berbahasa Inggeris. Dia merupakan pelakon watak dan boleh membawa peranan emosional dengan sangat baik. Dia memainkan pelbagai watak di pentas, dalam filem, dan televisyen. Kejayaannya yang paling cemerlang termasuklah peranannya dalam Strange Interlude, Mourning Becomes Electra, Macbeth, dan Medea, dan filem Rebecca dan Kings Row . Nama sebenarnya Frances Margaret Anderson-Anderson di Adelaide, Australia. Dia buat pertama kali membuat persembahan di New York pada tahun 1918. Dia dianugerahi Dame Commander in the Order of the British Empire pada tahun 1960, dan merupakan pelakon wanita yang pertama diberi penghormatan yang begitu tinggi. | UMUM | |
EJAAN RUMI FAJAR ASIA | EJAAN RUMI FAJAR ASIA, sistem ejaan yang digunakan oleh majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura. Majalah berbahasa Melayu yang menggunakan sistem ejaan ini terbit pada awal tahun 1940-an, semasa Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura.
| BAHASA | Bahasa |
DUSUKIY, MUHAMMAD IBN AHMAD AL- | Dusukiy, Muhammad ibn Ahmad al- (? – 1230 H / ?–1814 M), ahli fiqh Mazhab Maliki. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad al-Dusukiy. Dia juga tergolong sebagai orang yang mahir berbahasa Arab dan ilmu fiqh. | UMUM | |
POETRI HINDIA | POETRI HINDIA, majalah bulanan wanita berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan di Jawa, Indonesia. Poetri Hindia diterbitkan oleh Raden Mas Tirto Adi Suryo, seorang kerabat diraja Jawa daripada keluarga bupati Bojonegoro. Modal untuk menerbitkan majalah ini disumbangkan oleh Haji Mohd. Arsad, seorang saudagar di Bandung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
DAFTAR ISTILAH MBIM | DAFTAR ISTILAH MBIM, buku daftar istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu, diterbitkan pada tahun 1986 hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam persidangan MBIM (Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia). Buku setebal 1601 halaman ini menghimpunkan lebih kurang 75 000 istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu bagi 65 bidang/ subbidang ilmu. Daftar istilah ini telah dikumpul semenjak persidangan MBIM yang ke-7 hingga ke-23 yang meliputi tahun 1974 hingga tahun 1985. Daftar ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka selaku urus setia Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia bagi negara Malaysia dalam majlis tersebut. | BAHASA | Karya |