Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cita-cita

Puisi
 

Buah rambai dalam padi,
     Lazat pula cita rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
     Sarat dengan budi bahasanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terpegang di abu hangat.

Bermaksud :

Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN WATERLOO

Pertempuran Waterloo yang berlaku pada 18

Jun 1815 ialah pertempuran terakhir bagi Napoleon

Bonaparte, iaitu pemerintah tentera Perancis yang

bijak. Pertempuran ini menamatkan cita-cita tinggi

politiknya untuk memerintah seluruh benua Eropah.

Kekalahannya ini amat teruk, sehingga apabila

seseorang itu mengalami sesuatu kecelakaan atau

kekalahan yang dahsyat, kita akan mengatakan

bahawa orang itu “telah menemui Waterloonya.”

UMUM 
XERXES I

Xerxes I (519? – 465 SM), memerintah Empayar

Parsi dari tahun 486 S. hinggalah baginda

mangkat. Baginda menggantikan ayahandanya,

Darius I dan menghabiskan masa beberapa

tahun cuba mencapai cita-cita bapanya untuk

menakluki Greece.

UMUM 
PERTEMPURAN PHARSALUS

Pertempuran Pharsalus ialah pertempuran

antara tentera jeneral Rom Julius Caesar dengan

tentera Pompey pada tahun 48 S.M. Selepas

menawan Gaul (58 S.M. hingga 51 S.M.), Caesar

menjadi pemerintah tentera yang paling berkuasa di

dunia Rom. Pompey dan dewan senat di Rom gerun

terhadap kuasa dan cita-cita Caesar. Perang saudara

pun meletus. Pompey pada mulanya telah menang.

Apabila kedua-dua tentera tersebut bertempur di

Pharsalus (kini Farsala) di Greece, jumlah tentera

Pompey melebihi jumlah tentera Caesar, iaitu

melebihi seramai 40 000 orang.

UMUM 
KIBLATKIBLAT, majalah bercorak keagamaan.  Majalah ini diterbitkan pada bulan Ogos 1970 oleh Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur.  Majalah ini bermotokan ‘Ke arah cita-cita bertakwa’.  Majalah ini diterbitkan dalam tulisan Jawi berukuran 21 cm x 28 cm; mengandungi lebih kurang 40 muka surat.  Majalah ini diterbitkan sebutan sekali, pada setiap akhir bulan.SASTERAKonsep
LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Pemaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpulkan beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela. Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Puan Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua), Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom Khir Johari dan Aminah Bahaman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA

GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA, cita-cita British   untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan sebagai sebuah persekutuan. Pada tahun 1887, Lord Brassey, seorang ahli Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company mengemukakan cadangan bertujuan memberi kemudahan kepada pedagang British meluaskan perdagangan mereka di bwah perlindungan kerajaan British, khususnya bagi menghadapi saingan daripada pedagang Belanda dan Amerika. Cadangan itu tidak mendapat sebarang sokongan rasmi kerajaan British.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
DEWAN BAHASA

DEWAN BAHASA, majalah bahasa yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1957. Keluaran sulungnya ialah pada bulan September 1957 dengan cogan kata yang berbunyi ‘Mendukung Cita-cita Bahasa Jiwa Bangsa’. Cogan kata ini selaras dengan matlamat penubuhan DBP, iaitu untuk memenuhi perjuangan dan aspirasi rakyat mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

BAHASAPenerbitan
MUHAMMAD AL-FATIH

Muhammad al-Fatih (833 H.– 886 H., /1429 M.–

1481 M.), sultan kerajaan Uthmaniyyah, iaitu

putera Sultan Murad II. Pada tahun 855 H. (1451

M.), baginda menaiki takhta menggantikan

ayahandanya. Baginda boleh bertutur dalam

bahasa Parsi, Arab, Yunani, Salafi dan menjadi

pembantu dalam mengembangkan ilmu Islam.

Baginda dikunjungi oleh para ulama, sasterawan,

penyair dan menganugerahkan sebaik-baik

penghargaan kepada mereka. Ayahandanya

mewasiatkan agar membuka kota Constantinople,

lalu baginda berusaha merealitikan cita-cita

ayahandanya dan berjaya membuka kota itu pada

tahun 857 H./1453 M. Dengan itu, baginda

dikenali sebagai (al-Fatih (pembuka)) kerana

berjaya membuka kota Constantinople iaitu ibu

kota kerajaan Byzantine. Baginda menamakan

Islambul yang bererti bandar Islam dalam bahasa

Turki.

UMUM 
PUJANGGA BARUPUJANGGA BARU, organisasi sastera Indonesia. Angkatan Pujangga Baru ini ditubuhkan pada tahun 1933. Angkatan ini pada mulanya dikenal sebagai Angkatan 30 dan kemudian dikenal sebagai Pujangga Baru setelah terbitnya majalah Pujangga Baru pada tahun 1933. majalah yang dipimpin oleh Armijn Pane dan Sutan Takdir Alisjahbana ini menyebarkan dan memperjuangkan cita-cita Pujangga Baru yang berhubung dengan kesusasteraan dan kebudayaan. Penerbitan majalah ini adalah untuk menyatukan para pengarang karya kreatif di Indonesia.SASTERAInstitusi/Organisasi
PERANG KRIMEA

Perang Krimea (1853–1856) ialah perang antara

tentera Rusia dengan tentera Berikat dari

Perancis, Empayar Uthmaniyyah (kini Turki),

Sardinia–Piedmont, dan United Kingdom. Nama

perang ini berasal daripada Semenanjung Krimea,

sebuah kawasan yang kini terletak di Ukraine,

tempat kebanyakan perang itu berlaku (lihat

Krimea ). Perang bermula daripada pertelingkahan

tentang status Gereja Ortodoks Kristian dalam

Empayar Islam Uthmaniyyah. Bagaimanapun,

sebab-sebab jangka panjangnya adalah lebih

kompleks. Austria, Perancis dan United Kingdom

mula gusar terhadap cita-cita Rusia di rantau

Balkan, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk

menghalang dasar peluasan kuasa Rusia di rantau

itu.

UMUM 
123

Kembali ke atas