Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg mengemudikan perahu, pemegang kemudi; kemudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak buah perahu (kapal) yg men­jaga kemudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg mengemudikan perahu dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jurumudi

Puisi
 

Jurumudi turun ke perahu,
     Tiba kuala pecahnya sampan;
Terlalu sedap rasanya bau,
     Tujuh hari adinda tak makan.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEJARAH NEW ZEALAND

New Zealand, Sejarah . New Zealand

dinamakan oleh seorang pelukis peta Belanda

yang tidak diketahui, selepas jurumudi Belanda,

Abel Tasman mengunjungi kawasan ini pada

tahun 1642. Tasman merupakan orang Eropah

pertama yang diketahui mengunjungi New

Zealand . Tetapi New Zealand sudah dijumpai dan

didiami seribu tahun lebih awal oleh penduduk

Polinesia Timur, mungkin dari Kepulauan Cook

atau Tahiti. Pada pertengahan tahun 1800-an,

keturunan daripada mereka ini menggunakan

nama Maori, daripada ungkapan mereka tangata

maori (orang biasa), untuk membezakan mereka

daripada pendatang asing Pakeha (Eropah) –

peneroka British yang menjajah negara itu pada

waktu itu. Orang Maori memanggil negara

mereka Aotearoa, bermakna negara awan putih

yang panjang, yang dikatakan oleh sesetengah

orang Maori sebagai nama yang mula-mula

digunakan oleh Kupe, penemu legenda negara ini.

UMUM 
ALCOCK DAN BROWN

Alcock dan Brown ialah perintis penerbangan

British yang membuat penerbangan pertama

merentasi Lautan Atlantik tanpa henti. Sir John

William Alcock (1892–1919), ialah juruterbangnya

dan Sir Arthur Whitten Brown (1886–1948) sebagai

jurumudi.

UMUM 

Kembali ke atas